Pearly Tan-M Thinaah juara Terbuka Hong Kong 2024


  • Podium
  • Ahad, 15 Sep 2024

Pearly Tan (kiri) dan M Thinaah (kanan) muncul juara Terbuka Hong Kong 2024.

BEREGU wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah hanya memerlukan 38 minit sebelum mengesahkan gelaran Terbuka Hong Kong 2024 di Hong Kong Coliseum, Kowloon, pada Ahad.

Ia merupakan kejuaraan pertama gandingan negara pada musim ini, selepas mengecewakan pasangan di ranking ketiga dunia Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China 21-14, 21-14.

Pada aksi final, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking kelapan dunia turun dengan corak permainan lebih agresif hingga lawan mereka nampak buntu dan melakukan banyak kesilapan mudah.

BACA LAGI: Dua ekor buaya sudah ditangkap di Kota Marudu, namun lelaki hilang masih belum ditemukan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tengok jawline macam Rizal Ghazali', pemain jersi nombor 3 buat penyokong Selangor berteka-teki

Kejayaan ini sekali gus menamatkan kemarau kemenangan pasangan negara di Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang kali terakhir diperoleh dua tahun lepas.

Untuk rekod, kali terakhir Pearly-Thinaah meraih gelaran juara ialah pada Terbuka Perancis 2022. — The Star/R. KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram