KERJAYA profesional pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjalin kerjasama dengan syarikat peralatan sukan dari Taiwan, Victor dan pastinya akan membantu kewangan kesinambungan karier mereka.
Pasangan nombor 12 dunia itu secara rasmi memulakan perjalanan baharu mereka sebagai pasangan profesional pada Isnin selepas memutuskan untuk berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Victor membuat pengumuman mengalu-alukan kehadiran Sze Fei-Izzuddin ke dalam pasukan mereka dalam laman media sosial mereka. Pasangan beregu itu merupakan keluarga baharu Victor selepas sebelum ini juga menjadi penaja utama untuk Lee Zii Jia.
BACA LAGI: Paralimpik Paris: Liek Hou, Fareez Anuar menang mudah aksi pertama acara badminton
BACA LAGI: Peruntukan RM100 juta diluluskan selenggara jalan di Semenanjung — Ahmad Maslan
“Selamat datang ke keluarga Victor, Sze Fei dan Izzuddin. Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa pasangan beregu lelaki Malaysia kini menjadi sebahagian daripada Pasukan Victor.
“Dengan kedudukan tertinggi dalam kerjaya sebagai nombor sembilan dunia, kedua-dua mereka telah mempamerkan persembahan memberangsangkan musim ini, termasuk pingat perak di Kejohanan Asia, kemenangan penting semula di Piala Thomas dan kejuaraan Super 750 Terbuka Jepun Jelajah Dunia minggu lalu.
“Tidak sabar untuk melihat pasangan beregu ini dengan peralatan Victor di gelanggang," tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh Victor menerusi media sosial mereka pada Isnin.
Sze Fei-Izzuddin mencapai ranking terbaik mereka di kedudukan kesembilan dunia pada 2022 dan berhasrat untuk menembusi 10 teratas sekali lagi dengan sokongan penaja baharu mereka itu.
Sze Fei-Izzuddin berpisah dengan BAM pada 1 September lalu. — Instagram/Izzuddin
Pasangan beregu itu telah menunjukkan peningkatan yang baik tahun ini selepas bersatu semula pada Jun tahun lalu selepas berpisah dalam tempoh singkat.
Sze Fei-Izzuddin menamatkan karier mereka dalam BAM dengan bergaya dengan merangkul kejuaraan terbesar mereka setakat ini di Terbuka Jepun minggu lalu.
Kedua-duanya juga mendapat naib juara dalam Kejohanan Asia pada April dan memainkan peranan penting dalam kemenangan pingat gangsa pasukan itu pada Pusingan Akhir Piala Thomas di Chengdu pada Mei.
Sze Fei-Izzuddin juga telah menetapkan diri mereka sebagai pasangan beregu lelaki nombor dua tanah air, di belakang pemain nombor tiga dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Pasangan Malaysia lain yang kini berada dalam kelompok 20 terbaik dunia ialah Man Wei Chong-Tee Kai Wun (No. 16) dan Mohd Haikal Nazri-Choong Hon Jian (No. 19).
Tugasan seterusnya ialah Terbuka Hong Kong dari 10-15 September diikuti Terbuka China dari 17-22 September.
Sementara itu, pasangan itu melahirkan rasa terima kasih kepada BAM kerana membantu mereka mencipta nama di industri badminton antarabangsa.
“Kami bersyukur dengan peluang yang diberikan BAM. Kami mempunyai banyak kenangan indah.
"Kami kini perlu memberi tumpuan kepada kerjaya kami sebagai pasangan profesional," kata Izzuddin. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram