PEMAIN perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei terkandas di pusingan pertama selepas tewas kepada wakil Chinese Taipei, Sung Shuo Yun dalam saingan Terbuka China 2024.
Jin Wei tampak bergelut mencari rentak permainan di awal set pertama dengan mudah memberi enam mata buat Shuo Yun yang sekali gus menyaksikan wakil negara itu tewas 9-21.
Berbeza pula cerita pada set kedua, Jin Wei lebih agresif menguasai gelanggang selepas berjaya mengheret perlawanan ke set penetuan apabila meraih kemenangan 21-12.
BACA LAGI: [VIDEO] Kuching City makin 'mengganas', bintang JDT sah perkuat The Cats
Begitupun, kebangkitan itu tidak memihak Jin Wei ketika ketika Shuo Yun bijak mencipta jurang apabila berjaya meraih kemenangan 21-8 dalam set penentuan sekali gus memastikan slot pusingan kedua jadi miliknya.
Bagaimanapun, gelagat seorang budak lelaki dalam aksi tersebut sempat mencuri tumpuan warga maya.
Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan di laman Facebook Lee J.Co.Ent, kelihatan seorang budak lelaki mengelap lantai gelanggang badminton itu hanya dengan menggunakan tuala.
"Bagaimana ini boleh berlaku, hamba manusia?. Kesian budak tu, setiap kali dua tiga mata, dia akan lari dan lap gelanggang tapi menggunakan tuala sahaja," tulisnya.
Tidak seperti perlawanan lain, budak lelaki yang dipercayai pembantu petugas gelanggang itu tidak menggunakan peralatan yang sepatutnya untuk membersih venue tersebut.
Lebih mengecewakan lagi, dia hanya menggunakan tuala tangan untuk mengelap beberapa bahagian dalam gelanggang meskipun perlawanan itu bertaraf dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,