BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin untuk menarik diri daripada jawatannya pada Julai dibuat atas sebab kesukaran baginya memperbaiki sukan tersebut.
Tindakan itu juga dibuat atas sebab desakan tidak putus daripada penyokong skuad The Bos Gaurus (TBG) yang meminta perubahan terhadap nasib pasukan tersebut.
Meskipun Bobie bersama XOX Pro Sport Sdn Bhd sudah menghidupkan semula pasukan itu, rasa tidak pernah cukup daripada peminat setia kelab semestinya memberi tekanan buat dirinya.
BACA LAGI: Ahmad Shahrul Azhar, bekas CEO antara 3 nama sesuai ganti Bobie teraju Perak FC
BACA LAGI: Fans TBG mengamuk berhak tuntut kemenangan, Bobie Farid masih puas hati sebab kalah tipis
Bobie sedikit sebanyak memulihkan struktur kewangan skuad TBG. — Majoriti
Jadi, selepas kira-kira dua tahun memikul peranan itu, Bobie yang juga merupakan CEO XOX Sdn Bhd memilih untuk melepaskan jawatan yang sehingga kini tidak diisi itu.
Namun, dia seperti masih mengikuti perkembangan arena bola sepak tempatan apabila dia sekali lagi tampil memberi pandangan mengenai nasib sukan itu dalam negara.
Dalam satu hantaran di akaun Facebook Ariesham, Bobie mempersoalkan pandangan yang diberikan sambil menegaskan sumber kewangan sering dilupakan dalam membincangkan perkara itu.
"Aku ada baca tulisan mengenai bagaimana nak jaga kelab bola sepak yang bagus. Ada banyak hujah yang disebut dan aku baca satu persatu tanpa lelah.
"Panjang tulisan dia tu dan bila dibaca, nampak seperti hebatlah langkah-langkah untuk jadi kelab yang bagus dalam negara ni. Satu sahaja aku nak tanya, nak laksanakan semua falsafah bola sepak yang dia tulis tu, nak laburkan guna air liur ke apa?" soalnya.
Bobie (tengah) membawa pelbagai perubahan besar buat skuad TBG.
Sepanjang terlibat dalam sukan itu, Bobie dikenali sebagai seseorang yang lantang dalam memberikan pandangan, termasuk kepada penyokong yang tidak henti-henti mendesak perubahan terhadap pasukan.
Luahan yang sering diberikan di media sosial itu sedikit sebanyak membuatkan kehadirannya kurang disenangi sehingga ada yang mendesak supaya tidak lagi terlibat dengan Perak FC.
Bagaimanapun, sumbangannya bersama syarikat telekomunikasi tersebut bagi kelab Utara tanah air berkenaan tidak boleh dipertikaikan kerana dia berjaya menyelamatkan struktur kewangan pasukan.
"Itulah sebabnya sebelum ini, aku langsung tak tengok bola sepak Malaysia ni kerana memang tiada penyelesaian baginya. Yang ada, yang pandai bercakap dan menulis tetapi tidak berbuat apa-apa.
Bobie Farid (tengah) lebih berminat dengan arena pemotoran berbanding bola sepak.
"Itulah juga kenapa kebanyakan kerajaan negeri sudah melepaskan tangan daripada bola sepak ni kerana tidak memajukan ekonomi setempat, merugikan ada lah dan ia tidak mempengaruhi situasi politik. Jadi, apa boleh buat," soalnya lagi.
Selain berjaya memulihkan kewangan skuad TBG, kehadiran Bobie juga membawa titik perubahan buat pasukan, terutamanya ketika pelantikan Datuk Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih pada tahun lalu.
Malah, usahanya untuk membanteras isu jersi cetak rompak juga tidak boleh dipandang remeh kerana ia membuka mata pihak pengurusan kelab lain dalam Liga Super supaya berbuat demikian.
Kini, setelah tidak lagi terlibat sebagai CEO Interim Perak FC, Bobie lebih memberikan tumpuan terhadap arena perlumbaan motosikal yang diceburinya bertahun-tahun lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram