Kalamullah buat U-turn? Destinasi terbaharu Fikri Che Soh jadi tanda tanya


  • Podium
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Sebahagian sesi latihan skuad Sang Kenari sebagai persiapan perlawanan ke-10 Liga Super 2024. — Facebook/KDAFC

HEBOH diperkatakan di media sosial kononnya penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kalamullah al-Hafiz akan meninggalkan kelab itu selepas semusim setengah menabur jasa.

Namun, kisah berbeza pula timbul apabila dia secara tiba-tiba mengucapkan selamat maju jaya buat rakan sepasukan, Fikri Che Soh yang beraksi di posisi sama.

Perkhabaran itu dikuatkan dengan beberapa pemain lain turut memberikan kata-kata serupa di laman Instagram masing-masing.

BACA LAGI: 'Ada rezeki bersama lagi', keeper Kelantan selangkah tinggalkan Kedah?

BACA LAGI: Harumkan nama SEMBAKA dan Selangor, ayah mahu Nur Rania tolak tepi soal minit permainan, fokus kutip pengalaman

WhatsApp Image 2024-08-27 at 22.00.05 (1)

Fikri (kiri) dijangka akan meninggalkan kem Kedah dalam masa terdekat. Facebook/KDAFC

Keputusan itu boleh dikatakan berpunca daripada pulang tipis baginya beraksi dengan kerap apabila terpaksa bersaing dengan pemain lain, iaitu Kalamullah dan Ifwat Akmal Chek Kassim.

Bagaimanapun, setakat ini, masih tidak diketahui destinasi yang sudah dipilih pemain kelahiran Kelantan berkenaan untuk meneruskan kariernya.

Namun, berdasarkan pemerhatian Majoriti, terdapat tiga destinasi yang dirasakan cukup sesuai bagi Fikri sertai pada jendela perpindahan kali ini.

1) Kelantan Darul Naim FC

Kelantan Darul Naim FC antara kelab tempatan yang wajar menyambar khidmat Fikri ketika ini.

Menghuni tangga tercorot liga ketika ini, sudah pasti Kelantan memerlukan resepi baharu bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Dalam pada itu, ia adalah masa sesuai untuk skuad Kijang Emas tersebut menyambut kehadiran Fikri sebagai penjaga gol utama pasukan.

Fikri dilihat berpeluang untuk memperbaiki prestasinya yang sekali gus membantu benteng akhir Kelantan sekiranya menyertai kelab tersebut.

Setakat lapan perlawanan liga, Kelantan sudahpun merekodkan 18 bolos.

WhatsApp Image 2024-08-27 at 22.00.05 (2)

Adakah benar Fikri (kiri) bakal angkat kaki memandangkan jendela perpindahan kedua sudah dibuka?. Facebook/KDAFC

2) Negeri Sembilan FC

Negeri Sembilan FC antara pasukan Liga M yang turut berdepan nasib sama apabila benteng akhir menjadi punca kelab itu mudah ditembusi.

Penjaga gol skuad Jang, Aqil Razak merupakan individu yang sering diberi kepercayaan untuk menjaga gawang pasukan itu.

Begitupun, kecekapannya menjaga pintu gawang dipertikaikan kerana setakat lapan perlawanan liga, pasukan itu merekodkan jumlah bolos tertinggi iaitu 19 gol.

Dalam pada itu, dengan pengalaman yang ada pada Fikri bersama Sang Kenari, sudah pasti dia akan membantu menyelesaikan masalah pasukan tersebut.

WhatsApp Image 2024-08-27 at 22.00.05 (3)

Adakah Fikri akan berhijrah ke Kelantan?. Facebook/KDAFC

3) Perak FC

Masalah di bahagian penjaga gol yang dialami Perak FC ketika ini dilihat akan menemui jalan penyelesaian.

Meskipun dibarisi dengan tiga penjaga gol ketika ini termasuklah penjaga gol pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Haziq Nadzli namun ia belum cukup untuk membuktikan keutuhan mereka dalam menjaga gawang pasukan.

Berikutan khabar angin yang kini bertebaran di media sosial, skuad The Bos Gaurus (TBG) kini dilihat boleh melakar senyuman di wajah barisan kejurulatihan serta para penyokong.

Melihat kepada kedudukan Perak ketika ini, skuad kendalian Yusri Che Lah itu terpaksa menelan pahit apabila menghuni tangga ke-10 liga.

Malah, Perak kini mencatat 13 bolos selepas tujuh perlawanan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram