Ahmad Shahrul Azhar, bekas CEO antara 3 nama sesuai ganti Bobie teraju Perak FC


  • Podium
  • Rabu, 31 Jul 2024

Shahrul dilihat boleh menjadi CEO baharu Perak selepas pemergian Bobie.

KELAB Liga Super, Perak FC dikejutkan dengan pemergian ketua pegawai eksekutif (CEO) sementara iaitu Bobie Farid Shamsudin daripada pasukan tersebut.

Ia susulan perletakkan jawatannya daripada posisi tersebut menerusi satu pengumuman dilakukan di laman Facebook miliknya.

"Dengan rasminya saya melepaskan jawatan interim CEO Perak FC. Dah lama sangat tinggalkan rakan niaga saya.

"Back to real, work, real people, bagi saya sukan ini susah nak repair.. Adios PFC," ujar Bobie.

BACA LAGI: Bos Perak FC umum lepas jawatan, fans tak lupa memori manis

BACA LAGI: Orang kuat Perak FC tak nafi ada isu gaji, ajak fans beli 'merchandise' selesaikan masalah

2831973

Bobie tidak lagi menjadi CEO Perak.

Melihat kepada situasi ini, timbul persoalan mengenai masa depan Perak. Siapakah yang bakal menggantikan tempat Bobie?

Buat masa ini, Perak belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan perletakkan jawatan Bobie. Berkemungkinan, pihak pengurusan kelab akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat.

Namun begitu, di peringkat penyokong, pastinya mereka sudah berteka-teki mengenai siapakah pengganti Bobie dengan beberapa nama sudah mula disebut.

Antaranya adalah Mukhta Musa. Namanya antara yang meniti dalam kalangan penyokong Perak ketika ini sebagai pengganti kepada Bobie.

Mukhta merupakan salah seorang daripada gabungan penyokong Perak yang pernah melancarkan tabung untuk membantu kelab sewaktu dilanda krisis kewangan beberapa musim lalu.

Seorang lagi individu yang boleh dijadikan calon CEO baharu Perak adalah bekas penyandang jawatan itu iaitu Yunus Zakariah.

Namanya mungkin tidak digemari oleh penyokong TBG atas apa yang terjadi sebelum ini. Akan tetapi, jika diberikan peluang kedua, mungkin Yunus berminat untuk kembali dan memenangi semula hati pendukung Perak.

yunus-zakariah

Yunus pernah menjadi CEO Perak ketika kelab itu dibawah pemilikan IMC.

Satu lagi nama yang boleh dipertimbangkan adalah bekas ketua pasukan Perak sendiri iaitu Ahmad Shahrul Azhar.

Bekas pengurus Perak itu pastinya tertarik sekiranya berpeluang kembali semula ke The Bos Gaurus (TBG). Namun begitu, ia mungkin sedikit sukar kerana Shahrul kini bersama pengurusan PDRM FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram