Piala FA: Menang atau kalah, Johor umum cuti peristiwa Ahad ini


  • Podium
  • Isnin, 19 Ogos 2024

Skuad Harimau Selatan menjulang Piala FA musim lalu selepas menundukkan Kuala Lumpur City.

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan satu cuti peristiwa akan diberikan pada Ahad kepada penduduk negeri itu berikutan kejayaan skuad Harimau Selatan melangkah ke pentas akhir Piala FA 2024.

Dalam satu hantaran di Facebook, kerajaan negeri akan diberikan cuti selepas perlawanan akhir antara Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

"Dengan perkenan Tunku Mahkota Ismail, dengan ini, kerajaan negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 25 Ogos sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh rakyat sebagai tanda penghargaan buat ‘Pemain ke-12’ JDT dalam Piala FA 2024," tulisnya.

BACA LAGI: Aksi tertunda JDT-TBG bagaikan beri kelebihan Selangor julang Piala FA

BACA LAGI: Aksi Perak FC-JDT tunda akibat hujan lebat

Johor Mentri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi explaining about his plans for the state since taking office earlier this year. — THOMAS YONG/The Star

Perkhabaran Onn Hafiz itu sudah tentu membawa keriangan buat penduduk Johor.

Tambahnya, JDT ketika ini berada dalam landasan terbaik untuk mencatat hatrik dalam kejohanan tersebut selepas turut memenanginya dalam dua edisi yang lalu.

Skuad Harimau Selatan melangkah ke pentas akhir Piala FA selepas menundukkan Kelantan Darul Naim pada pusingan pertama, Malaysian University di suku akhir dan Kedah Darul Aman FC di peringkat separuh akhir.

Bagi Selangor FC pula, mereka mara ke pusingan tersebut berikutan kejayaan ke atas Negeri Sembilan FC, Kuching City FC dan Terengganu FC di peringkat-peringkat sebelum ini.

Perkhabaran itu sekali gus membuktikan skuad bimbingan Hector Bidoglio tersebut yakin akan kemampuan pasukan untuk mengungguli Piala FA buat kali keempat sejak diperkenalkan pada 2013.

"JDT memenangi Piala FA sebanyak tiga kali iaitu pada 2016 dan dua kali berturut-turut pada 2022 dan 2023. Insya-ALLAH bangsa Johor, ayuh kita pastikan tahun ini JDT mempertahankan kejuaraan untuk mencipta rekod hatrik kemenangan Piala FA!" tulisnya.

Untuk rekod, kali terakhir skuad Harimau Selatan berdepan skuad Gergasi Merah adalah dalam saingan Liga Super musim lalu dengan JDT meraih kemenangan 2-0 di laman sendiri.

Mereka sepatutnya berdepan dalam aksi Piala Sumbangsih awal musim lalu, namun Selangor FC bertindak menarik diri susulan serangan asid dialami pemainnya, Faisal Halim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram