David de Gea kembali dijulang, bantu kelab Itali layak ke pentas Eropah


  • Podium
  • Jumaat, 30 Ogos 2024

De Gea melakukan sebarang tepisan penting untuk memastikan Fiorentina berjaya layak ke peringkat kumpulan UECL. — Agensi

BEKAS penjaga gawang Manchester United, David de Gea kini mula dijulang penyokong di kelab baharunya, Fiorentina selepas menjadi watak penting ketika aksi playoff Liga Konferens Europa UEFA (UECL) menentang wakil Hungary, Puskas Akademia.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada awal pagi Jumaat, pemain antarabangsa Sepanyol itu membantu pasukan Itali itu untuk layak ke pentas Eropah menerusi beberapa tepisan penting sepanjang permainan.

Sumbangannya tidak terhenti di situ apabila pada penentuan sepakan penalti, penjaga gol berkenaan bertindak cemerlang dengan menidakkan sepakan lawan.

BACA LAGI: Dijangka lebih 'clean sheet' berbanding Onana, ex hero Man United makin hampir sertai kelab Itali

BACA LAGI: [VIDEO] De Gea rajin berlatih petanda sertai Newcastle dalam masa terdekat

Surprize---n-preliminariile-Conference-League--Fiorentina--emo--ii-cu-o-echip---din-Ungaria--Toate-rezultatele-serii

Fiorentina mengesahkan tempat dalam UECL dengan kejayaan ke atas Puskas Akademia. — Agensi

Perlawanan yang berlangsung di Pancho Arena, Hungary itu dimulakan dengan kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada perlawanan pertama, namun penghapusan gol tempat lawan tidak mendatangkan sebarang kelebihan buat Puskas Akademia.

Tekanan semakin dirasai kelab Hungary berkenaan selepas Fiorentina membuka jaringan menerusi Moise Kean pada minit ke-59 yang sekali gus meletakkan mereka selesa di tempat lawan.

Bagaimanapun, musibah secara perlahan dialami La Viola apabila pemainnya, Luca Ranieri dilayangkan kad merah selepas dua kad kuning diterima dengan kesalahan berkenaan dibuat dalam kotak penalti sendiri.

Kesilapan itu mengundang padah apabila Zsolt Nagy menyempurnakan sepakan pada minit-minit akhir permainan untuk mengheret aksi tersebut ke masa tambahan.

Nasib malang terus menimpa Fiorentina selepas Pietro Comuzzo turut dibuang padang pada minit ke-97 yang menyaksikan pasukan Serie A itu beraksi dengan sembilan orang sahaja.

WhatsApp Image 2024-08-30 at 10.55.35 AM

De Gea didesak keluar dari Manchester United selepas 12 tahun bersama kelab itu. — Agensi

Tetapi, de Gea bermain dengan cemerlang apabila melakukan beberapa siri tepisan untuk memastikan kedudukan kekal 1-1 yang kemudian memaksa perlawanan berkenaan dibawa ke penentuan sepakan penalti.

Seperti dikatakan di atas, pemain Sepanyol berkenaan membuktikan dirinya masih bertaraf dunia apabila menepis sepakan Roland Szolnoki untuk memberi kelebihan buat pasukannya.

Kejayaan pemain La Viola lain untuk menyempurnakan sepakan masing-masing membolehkan Fiorentina layak ke saingan UECL 2024/25 dalam misi mereka menjuarai pertandingan tersebut buat kali pertama.

Perlawanan itu turut menyaksikan de Gea sekali lagi disebut-sebut sebagai seorang penjaga gawang berkelas dunia selepas dipaksa meninggalkan Manchester United pada musim 2023/24.

Penghijrahan secara desakan berkenaan turut membuatkannya tidak memiliki sebarang kelab untuk kira-kira setahun sebelum Fiorentina hadir dengan tawaran pada jendela perpindahan musim panas ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram