[VIDEO] 'Dia bukan budak lagi', Alan Shearer 'basuh' Rashford


  • Podium
  • Ahad, 25 Ogos 2024

Shearer mengkritik persembahan Rashford ketika Manchester United tewas 1-2 kepada Brighton and Hove Albion pada Sabtu. — Agensi

MANCHESTER United sekali lagi menghidang perlawanan kurang menarik kepada penyokongnya apabila tewas 1-2 di tangan Brighton & Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Joao Pedro menjaringkan gol kemenangan lewat pada minit kelima masa tambahan, memberikan kemenangan kepada pengurus baharu, Fabian Huerzeler pada penampilan sulungnya di tempat sendiri.

Penyerang veteran Brighton, Danny Welbeck, menjaringkan gol pembukaan menentang bekas kelabnya sebelum Amad Diallo menyamakan kedudukan untuk United pada separuh masa kedua.

BACA LAGI: Bek kanan England jadi 'mangsa' Man United selepas kehadiran Mazraoui

BACA LAGI: Ten Hag mengaku tak cukup masa siapkan Man United hadapi musim baharu EPL

Keputusan yang menyaksikan Man United gagal untuk mengutip tiga mata penuh dalam aksi kedua EPL mereka itu menaikkan kemarahan penyokong, malah aksi beberapa pemain juga mendapat kritikan keras dari pundit England.

Antara yang mendapat kritikan ialah penyerang sayap Man United, Marcus Rashford apabila legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), Alan Shearer menyatakan bahawa pemaih itu perlu faham peranannya sebaik mungkin.

"Rashford bukan anak muda lagi. Dia perlu memahami kedudukan dan melihatnya keseluruhannya. Dia tidak sepatutnya berada dalam keadaan ofsaid ketika itu," katanya yang mengkritik kepekaan Rashford dalam perlawanan berkenaan pada sesi temu bual bersama BBC MOTD.

United yang sepatutnya mendapat gol pada separuh masa pertama daripada Rashford dibatalkan apabila penyerang antarabangsa England berkenaan berada dalam kedudukan ofsaid.

Bekas penyerang Newcastle dan Blackburn, Shearer turut menyelar kemampuan United yang sekadar menjaringkan 57 gol dalam aksi EPL musim ini iaitu paling sedikit dalam kelompok 10 perlawanan teratas liga.

"Ruud van Nistelrooy dibawa masuk dan perlu membentuk semula barisan penyerang pasukan ini. Saya tahu mereka memiliki Rasmus Hojlund, tapi dia kini berdepan kecederaan.

"Tetapi apabila dia bersama pasukan, dia tetap perlu meningkatkan lagi mutu permainan dan jika dilihat berdasarkan perlawanan ketika berdepan Fulham, mereka masih lagi jauh ketinggalan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram