DALAM bola sepak moden, ia sudah menjadi satu kebiasaan untuk satu-satu pemain merebahkan badannya untuk memperoleh sesuatu.
Sebagai contoh, seorang pemain merebahkan badannya dalam kotak penalti pihak lawan untuk mendapatkan sepakan penalti.
Tetapi, lain pula ceritanya di Afrika Selatan, apabila bukan seorang tapi keseluruhan skuad merebahkan badan untuk menunjukkan semangat kesukanan.
BACA LAGI: Dikecewakan arkitek Sepanyol, Liverpool lega Luis Diaz tak jadi pergi Manchester
BACA LAGI: Awas JDT, bekas pemain Liverpool, Chelsea, Arsenal menanti anda di ACL Elite
Dalam sebuah kejohanan bola sepak amatur dikenali sebagai Philly's Games, perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik antara Isithembiso FC (jersi putih) dengan Phanda Phanda (jersi biru) mencuri tumpuan.
Kejadian yang berlaku pada 2022 itu menyaksikan Isithembiso yang sudah selesa mendahului 6-1 menerusi agregat tiba-tiba saja bertindak luar jangka apabila seluruh skuad merebahkan di padang dan kemudiannya baring.
Decided to watch Phillys games today and this happened happened, nah Iām done pic.twitter.com/yteWPZCYPy
ā thabang (@thabang_) December 27, 2022
Insiden yang berlaku pada penghujung permainan itu menyaksikan para pemain Phanda Phanda seolah-olah memberikan peluang kepada lawan mereka menjaringkan gol selepas tempat ke pusingan seterusnya sudah disahkan.
Malah, pengulas perlawanan itu juga menyifatkan tindakan pasukan terbabit cukup cantik dan sinonim dengan bola sepak Afrika.
Tindakan itu mencetuskan reaksi pelbagai dengan ada yang memuji perbuatan Isithembiso itu sebagai mengangkat semangat kesukanan.
Namun, ada juga berasakan perbuatan sebegitu seolah-olah tidak profesional walaupun ia berlaku pada pertandingan amatur. ā Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram