Ten Hag salahkan 3 bintang Man United termasuk Martinez, jadi 'punca' dimalukan Brighton


  • Podium
  • Isnin, 26 Ogos 2024

Martinez merupakan antara pemain yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menghalang gol minit akhir Brighton. — Agensi

KEGEMBIRAAN Manchester United musim ini tidak kekal lama selepas kelab berkenaan mengalami kekalahan dalam perlawanan kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kunjungan ke Stadium Amex, England jelas mengecewakan apabila skuad The Red Devils pulang dengan tangan kosong berikutan kekalahan 1-2 dialami mereka kepada Brighton & Hove Albion.

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag jelas sukar menelan keputusan berkenaan apabila dia tanpa berselindung menyalahkan tiga anak buahnya yang diturunkan.

BACA LAGI: Pemilik Manchester United ada sebab tak pecat Ten Hag

BACA LAGI: Dikecewakan arkitek Sepanyol, Liverpool lega Luis Diaz tak jadi pergi Manchester

1940099_1

Ten Hag sukar menerima kelekaan anak-anak buahnya ketika situasi bertahan. Agensi

Mereka yang dimaksudkan adalah Lisandro Martinez, Kobbie Mainoo dan Noussair Mazraoui kerana mereka gagal menghalang hantaran Simon Adingra kepada Joao Pedro pada minit-minit akhir permainan.

"Kita tidak menghalang hantaran lintang berkenaan. Ada tiga pemain saya dapat lihat. Adingra merupakan pemain berkaki kanan. Jadi, saya lihat tiada masalah untuk menutup ruang dimilikinya.

"Sudah tentu kita perlu berbincang mengenainya dan bagaimana kita perlu bertindak setiap kali berdepan situasi berkenaan. Terdapat banyak contoh yang menyaksikan kita melakukan kesilapan pada masa-masa genting," katanya.

Dalam perlawanan tersebut, bekas penyerang Manchester United, Danny Welbeck membuka jaringan pada minit ke-32 sebelum kedudukan kembali diikat menerusi gol Amad Diallo.

WhatsApp Image 2024-08-26 at 12.27.53 PM

Lambakan pemain Manchester United gagal menutup hantaran Adingra.

Serangan demi serangan daripada kedua-dua pasukan kemudiannya gagal membuahkan sebarang hasil sebelum Joao Pedro memastikan tiga mata dimiliki Brighton menerusi jaringan pada masa kecederaan.

Namun, meskipun terpaksa menelan keputusan itu, Ten Hag masih berpuas hati dengan persembahan ditonjolkan anak-anak buahnya, lebih-lebih lagi dalam situasi menyerang.

"Pada saya, apa yang lebih penting adalah apabila kita melakukan serangan secara aktif secara cemerlang selain mencipta beberapa peluang, meletakkan pemain di posisi tepat, namun penyudah masing-masing kurang memuaskan," katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Manchester United berada di kedudukan ke-11 selepas dua perlawanan dengan kemenangan ke atas Fulham pada aksi pembukaan meletakkan mereka dengan tiga mata setakat ini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram