[VIDEO] Wanita misteri hadiahkan gelang, kenangan terakhir Scott McTominay bersama Man United


  • Podium
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Napoli dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Manchester United untuk perpindahan Scott McTominay. — Agensi

DARI akademi menembusi skuad utama, pemain tengah Manchester United iaitu Scott McTominay akhirnya meninggalkan The Red Devils selepas menghabiskan seluruh kariernya bersama pasukan berkenaan selama ini.

Menerusi laporan media luar negara, Man United sudah mencapai kesepakatan bersama Napoli bagi membawa masuk pemain antarabangsa Scotland berkenaan dengan jumlah £26 juta (RM149.4 juta) itu ke pasukan Serie A itu.

Pemain berusia 27 tahun itu menghabiskan seluruh karier setakat ini di Old Trafford selepas menyertai akademi United pada usia lima tahun, ia membuktikan McTominay sebahagian daripada kumpulan pemain tulen United.

BACA LAGI: Pemilik Manchester United ada sebab tak pecat Ten Hag

BACA LAGI: Ten Hag salahkan 3 bintang Man United termasuk Martinez, jadi 'punca' dimalukan Brighton

Untuk rekod, kontrak profesional pertamanya ditandatangani pada 2013, sebelum dia membuat penampilan sulung senior menentang Arsenal pada 2017.

Keputusan untuk menjual McTominay ke Napoli diusahakan bagi memudahkan proses perpindahan pemain tengah Paris Saint Germain (PSG), Manuel Ugarte ke Manchester United.

Tidak menafikan prestasi McTominay kurang berkesan dalam beberapa musim kebelakangan ini namun ada juga yang menentang keputusan Man United, misalnya, legenda United, Rio Ferdinand, yang menyifatkan perpindahan itu tidak sesuai.

isi dalammm

McTominay menyertai akademi United pada usia lima tahun. — Agensi

Berita perpindahan McTominay ke Napoli juga nyata menyedihkan beberapa penyokong dengan ada di antara mereka yang sempat memberi seutas gelang kepada pemain yang menyumbang tujuh gol dalam 32 penampilan EPL pada musim lepas.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ten Hag's Red di laman X pada Khamis, seorang penyokong wanita menunggu McTominay meninggalkan Old Trafford buat kali terakhir bagi menghadiahkan pemain itu seutas gelang.

Gembira dengan pemberian penyokong berkenaan, McTominay terus memakai gelang tersebut di tangan kanannya dan mengambil foto bersama penyokong wanita itu sebagai tanda penghargaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram