KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dijangka memperoleh suntikan semangat baharu di bahagian tengah menjelang aksi bertemu Liverpool pada Ahad.
Selepas tumpas kepada Brighton & Hove Albion, skuad kendalian Erik ten Hag dilaporkan mahu menguatkan barisan tengah sebelum berdepan The Reds yang masih belum kalah dalam dua perlawanan.
Menurut laporan di England, United semakin hampir mendapatkan pertahanan dari Uruguay iaitu Manuel Ugarte.
BACA LAGI: Pemilik Manchester United ada sebab tak pecat Ten Hag
BACA LAGI: Ten Hag salahkan 3 bintang Man United termasuk Martinez, jadi 'punca' dimalukan Brighton
Ugarte merupakan pemain kebangsaan Uruguay.
United dikatakan bersedia membayar RM243 juta (£42.2 juta) kepada Paris Saint-Germain (PSG) tetapi nilai itu dijangka meningkat menjadi RM292 juta (£50.7 juta) jika dikira sekali dengan bonus dan bayaran tambahan berdasarkan prestasi Ugarte.
Ugarte dilaporkan sudah terbang ke England untuk menjalani ujian perubatan bersama United dan menandatangani kontrak untuk mengesahkan perpindahannya.
Pada mulanya, PSG mahu United membayar RM294 juta (£51.1 juta) yang merupakan nilai serupa kelab Perancis itu bayar sewaktu mendapatkan Ugarte dari Sporting Club de Portugal.
Namun begitu, selepas melakukan 'kawtim', United berjaya menyakinkan PSG untuk membayar dengan harga sedikit lebih rendah daripada yang dipinta kelab Perancis itu.
Jika berjaya diselesaikan perpindahannya, Ugarte dijangka boleh beraksi menentang Liverpool dan memastikan United tidak kalah di laman sendiri pada Ahad.
Selain itu, ia juga akan mengiyakan spekulasi pemergian pemain tengah iaitu Scott McTominay ke Napoli.
Pemain Scotland itu dilaporkan akan menyertai Napoli dengan nilai perpindahan sebanyak RM172 juta (£30 juta). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram