Dijangka lebih 'clean sheet' berbanding Onana, ex hero Man United makin hampir sertai kelab Itali


  • Podium
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

De Gea (kiri) hampir sekali menyertai Fiorentina selepas menyepi lebih semusim. — Agensi

SETELAH lama menyepi, bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea dilaporkan bakal kembali beraksi bersama kelab baharu.

Dia yang tidak menyertai mana-mana kelab selepas meninggalkan United pada akhir musim 2022/2023 selepas kontraknya tamat, mengalami kesukaran mendapatkan pasukan baharu akibat gajinya yang begitu tinggi.

Sebelum ini, namanya sering dikaitkan dengan beberapa kelab utama Eropah serta berpotensi untuk ke Arab Saudi namun tidak menjadi kenyataan akibat permintaan gajinya yang begitu tinggi.

BACA LAGI: [VIDEO] De Gea rajin berlatih petanda sertai Newcastle dalam masa terdekat

BACA LAGI: Bakal kembali beraksi, David de Gea pilih kelab 'kampung' berbanding ganti Onana di United

Namun kini, De Gea bakal menyertai kelab baharu dengan destinasi seterusnya buat penjaga gol itu adalah Serie A di Itali.

Laporan menyebut yang penjaga gol itu bakal menyertai Fiorentina dengan kontrak selama setahun bakal diikat De Gea bersama kelab tersebut.

Walaupun setahun, Fiorentina mempunyai pilihan untuk melanjutkan khidmat De Gea untuk semusim lagi jika mereka berpendapat penjaga gol itu beraksi dengan baik.

De Gea dilaporkan akan ke Florence, Itali untuk melengkapkan ujian perubatan dan akan semakin hampir disahkan menjadi pemain baharu Fiorentina.

Jika berjaya diikat, De Gea akan menamatkan penantian selama satu musim setengah tidak mempunyai mana-mana kelab selepas kontraknya bersama United tamat.

Dan sekiranya dia berjaya kembali kepada prestasi terbaiknya, De Gea berpotensi untuk mencatatkan rekod nirbolos (clean sheet) lebih baik berbanding penjaga gol semasa United iaitu Andre Onana.

Selain Fiorentina, satu lagi kelab Serie A iaitu Genoa dilaporkan turut cuba mendapatkan khidmat De Gea tetapi terpaksa menarik diri kerana tidak mampu membayar gaji pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram