Shahrul Saad jadi idola, resipi rahsia bek tengah bantu Perak mara ke suku akhir SUKMA


  • Podium
  • Isnin, 19 Ogos 2024

Moses (tengah) beraksi bersama skuad Piala Presiden Perak. — Facebook/Perak FC

SKUAD bola sepak Perak menjadi antara pasukan yang perlu diberikan perhatian dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pada tahun ini selepas cemerlang mengungguli acara tersebut.

Perak yang gagal mara ke peringkat kalah mati pada temasya 2022 kini berada di pusingan suku akhir untuk bertemu Melaka pada Jumaat (20 Ogos 2024) di Stadium Mukah dekat Mukah, Sarawak.

Kejayaan Perak yang berhasil mara ke pusingan suku akhir itu pastinya disebabkan usaha para pemain dengan kredit wajar diberikan kepada tonggak pertahanan mereka, M. Moses Raj.

BACA LAGI: Tumbangkan lawan kurang 3 minit, adik Jojo jadi harapan Sarawak ikut jejak abang rangkul emas SUKMA

BACA LAGI: Permata SUKMA Kedah letak sasaran 'humble', anggap Sarawak, Selangor dan KL pencabar utama

Bek tengah berkenaan dan rakan sekerjanya di barisan belakangnya berhasil membantu skuad Seladang mengungguli Kumpulan D dengan tujuh mata, tanpa melepaskan satu gol dalam tiga perlawanan.

Pemain muda dari Falim, Ipoh tersebut difahamkan beraksi pertama kali sebagai pemain negeri kerana sebelum ini Moses hanya bermain untuk sekolahnya di Ipoh iaitu SMK Anderson.

“Saya mula bermain bola sepak ketika berusia 11 tahun tetapi saya hanya menyertai Perak tahun ini pada usia 19 tahun. Sebelum itu, saya hanya bermain dalam kejohanan sekolah dan juga liga amatur.

“Tahun 2024 sangat mengagumkan untuk saya setakat ini. Saya dipanggil untuk Piala Presiden, pasukan Bawah 19 tahun Kebangsaan dan kini saya sedang beraksi untuk temasya SUKMA," katanya.

COACHHH

Skuad kendalian Shahril akan menentang Melaka dalam pusingan suku akhir. — Facebook/Perak FC

Pemain pertahanan itu semakin dilihat menjadi pilihan di bahagian pertahanan selepas meraih ilmu di bawah bimbingan jurulatih, Shahril Nizam Khalil dan pembantunya, bekas pemain Perak, V. Saravanan.

“Saya mahu membantu Perak memenangi emas dan saya percaya kami boleh melakukannya. Jurulatih Shahril adalah seorang motivator yang hebat.

"Manakala, jurulatih Sara (Saravanan) adalah seorang legenda di Perak, jadi saya selalu meminta petunjuk daripadanya," ujarnya.

Moses menjadikan Shahrul Saad sebagai idola dengan pemain itu pernah menjadi kapten Perak dan kini bermain untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Super serta pemain tetap dalam pasukan kebangsaan

“Shahrul berasal dari sekolah saya. Selama bertahun-tahun, persembahannya konsisten. Saya belajar permainan daripadanya. Itulah sebabnya saya selesa dengan duel udara dan juga hantaran," ujarnya.

WhatsApp Image 2024-08-19 at 14.56.48

Shahrul antara bekas bek Perak yang dirindu oleh penyokong. — Facebook/JDT

Sementara itu, Saravanan yang juga penolong jurulatih Piala Presiden Perak mahu membantu pasukan berkenaan memenangi pingat emas sebelum dia kembali ke Finland Disember ini.

Saravanan, yang sebelum ini berkahwin dengan warga tempatan Finland berpengalaman dalam melatih pasukan remaja HJK Helsinki.

Legenda Perak itu menyertai barisan kejurulatihan negeri itu musim lalu sebagai pembantu kepada Datuk Lim Teong Kim, dan kemudian Yusri Che Lah. Tahun ini, Saravanan dihantar untuk membantu Shahril.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan pemain muda. Saya mahu para pemain berasa seperti kami bersama mereka pada setiap masa. Kontrak saya dengan Perak tamat pada Disember dan saya akan kembali ke Finland.

"Saya mempunyai beberapa tawaran di sana tetapi sebelum kembali ke Eropah, saya mahu membantu negeri saya memenangi emas Sukma," kata jurulatih berusia 46 tahun yang bermain dalam Kejohanan Remaja Dunia 1997 untuk Malaysia. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram