'The game is rigged', peguam jelaskan aksi Perak-JDT tak sepatutnya tangguh


  • Podium
  • Ahad, 18 Ogos 2024

Perlawanan Perak dan JDT ditunda akibat hujan lebat dan permukaan padang yang tidak baik.

PEGUAM sukan Zhafri Aminurashid memberi sebab utama mengapa aksi Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak wajar ditangguhkan ke tarikh baharu.

Ia selepas perlawanan Liga Super itu ditangguhkan ke tarikh lain selepas permukaan padang Stadium Perak ditakungi air akibat hujan turun dengan lebat.

Dalam manual pertandingan yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), kedua-dua kelab hendaklah menunggu permainan untuk dimainkan semula dalam masa maksimum iaitu 60 minit (30 minit pertama dan 30 minit kedua).

BACA LAGI: [VIDEO] Tangisan Faisal Halim bersama Sultan Selangor undang sebak fans Merah Kuning Sampai Mati

BACA LAGI: [VIDEO] Baru main 7 minit, bintang Nottingham Forest rehat panjang lepas patah kaki

Menurut Zhafri pengadil perlawanan membuat keputusan untuk menunda permainan pukul 9.50 malam yang mana ia tidak melebihi masa 30 minit penangguhan kedua.

Ketika itu hujan sudah reda dan padang kelihatan semakin baik untuk meneruskan perlawanan.

"Ada dua 'window' untuk KP (Komisioner Perlawanan) buat keputusan. Iaitu pada 30 minit pertama atau 30 minit kedua.

"Jika dirujuk kepada insiden semalam (17 Ogos), pengadil buat keputusan untuk tunda perlawanan pada pukul 9.50 malam. 'Which is' belum lagi habis 30 minit penangguhan kedua. Hujan ketika itu sudah pun reda dan padang kelihatan semakin baik," katanya dalam Facebook.

Keputusan penangguhan perlawanan ini bagaimanapun sudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak selepas mendapat menjelasan daripada Komisioner Perlawanan dan pengadil perlawanan.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin turut dilihat seolah-olah tidak bersetuju dengan penundaan perlawanan tersebut dengan memuat naik satu kapsyen 'The game is rigged' dalam Facebook miliknya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram