Lepas jadi rebutan kelab Timur Tengah, Forestieri dapat tawaran kelab Messi


  • Podium
  • Isnin, 19 Ogos 2024

Forestieri kini menjadi rebutan kelab Timur Tengah dan Newell's Old Boys. — Facebook/JDT

SEPERTI yang diketahui, Johor Darul Ta'zim (JDT) kini sedang rancak membawa masuk beberapa pemain baharu bagi membantu memperkuatkan kedalaman skuad bagi pusingan kedua Liga Malaysia (Liga M).

Setakat ini, Harimau Selatan sudah membawa masuk Park Jun-heong, Enzo Lombardo; penjaga gol muda, Christian Abad, Eddy Israfilov dan Iker Undabarrena iaitu rekrut terakhir yang diumumkan JDT.

Seiring dengan pengumuman wajah baharu, skuad Harimau Selatan juga pastinya terpaksa menyingkirkan pemain lama dan antara yang dikhabarkan akan meninggalkan pasukan ialah Fernando Forestieri.

BACA LAGI: Sudah patut kemas beg, ramai fans Kedah samakan Milos Gordic dengan import Gergasi Merah

BACA LAGI: Bukan kerambit tapi gunting, pemain samseng mungkin disaman, digantung seumur hidup

Memetik laporan dari pemerhati sukan tanah air, T. Avineshwaran di laman Twitter (X) mesin gol kelahiran Argentina berkenaan kini menjadi rebutan beberapa kelab di Timur Tengah.

Kepakaran bekas penyerang Udinese itu juga bukan hanya direbutkan oleh beberapa kelab Timur tengah, malah, Forestieri juga dikatakan mendapat tawaran dari kelab popular Argentina iaitu Newell's Old Boys.

Menurut saluran berita Argentina, Constrasena, menyatakan bahawa pemain kelahiran Itali berusia 34 tahun itu difahamkan mendapat tawaran untuk beraksi bersama kelab Newell's Old Boys.

Skuad The Lepers bukan pasukan yang asing buat Forestieri berikutan penyerang sayap itu pernah menyarung jersi Newell's Old Boy pada usia remajanya sebelum dia menyertai Boca Juniors II pada 2003.

AM DALAM

Penyerang berbisa Harimau Selatan, Forestieri dikhabarkan akan meninggalkan JDT. — Facebook/JDT

Pasukan yang sudah ditubuhkan sejak 1903 itu juga merupakan kelab yang melahirkan banyak bintang bola sepak dunia seperti Lionel Messi, Diego Maradona dan Mauricio Pochettino.

Sekiranya Forestieri sah berhijrah ke pasukan lain, ia pasti satu kehilangan yang dirasai susulan dia menjadi watak penting buat skuad Harimau Selatan berjaya mengekalkan kejuaraan domestik bagi dua tahun berturut-turut.

Pada awal Januari lalu, penyerang kelahiran Argentina berkenaan disahkan tidak berada dalam perancangan Harimau Selatan sehingga menyebabkan ramai penyokong sukar untuk menerima hakikat.

WhatsApp Image 2024-08-19 at 11.25.15

Tangkap layar ciapan Forestieri dikatakan mendapat tawaran dari Newell's Old Boys.

Seakan-akan mendengar rintihan penyokong, Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akhirnya membuat keputusan semula membawa semula Forestieri yang mana merupakan watak utama memenangi double quadruple pada 2022 dan 2023.

Forestieri menjaringkan 47 gol dan 21 bantuan jaringan menerusi 69 penampilan dengan JDT dan nampaknya rekod berkenaan akan terus bertambah pada saingan musim baharu ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram