Kepulangan Moses Atede, Liridon antara 3 calon 'ideal jimat' ganti Habib Haroon di Kedah


  • Podium
  • Isnin, 19 Ogos 2024

Moses Atede mewakili Kedah musim lalu dan kini bergelar ejen bebas.

KHABAR angin mengaitkan Habib Haroon dengan sebuah kelab di Liga Bahrain semakin mendapat perhatian daripada penyokong bola sepak.

Ini selepas Habib juga tidak diturunkan dalam perlawanan Liga Super membabitkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) akibat penggantungan perlawanan.

Ia akan memberikan kerugian buat Kedah kerana umum mengetahui pemain berusia 24 tahun itu merupakan arkitek utama Nafuzi Ball di kem Sang Kenari.

BACA LAGI: [VIDEO] Tangisan Faisal Halim bersama Sultan Selangor undang sebak fans Merah Kuning Sampai Mati

BACA LAGI: Habib Haroon tinggalkan Kedah? Bekas penyerang 'usik' Sang Kenari minta dihubungi

Jikalau Kedah kehilangan Habib, siapakah pengganti sesuai untuk menggalas tugas pemain import itu dikala pihak pengurusan sedang berjimat dalam kos perbelanjaan.

Majoriti senaraikan tiga pemain yang boleh dipancing Kedah mengikut situasi semasa pihak pengurusan Sang Kenari.

1. Liridon Krasniqi

Pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi tanpa berselindung memberitahu mahu beraksi bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan ikhlas tanpa bayaran selepas melihat Sang Kenari tewas di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) baru-baru ini.

Luahan itu diberitahu oleh Liridon dalam ruangan media sosial KDA FC selepas penyokong membanjiri dengan komen harapan kelab Utara tanah air berkenaan dapat bangkit daripada keputusan itu.

"Telefon saya tidak berdering, saya amat bercita-cita untuk pulang. Saya sanggup beraksi tanpa bayaran gaji kerana saya hanya mahu membantu, inilah masa untuk Kedah kembali bersinar," katanya.

Komen berkenaan jelas menerima respons baik daripada penyokong yang bercita-cita besar untuk menyaksikan pemain itu kembali menyarung jersi pasukan Sang Kenari.

2. Moses Atede

Kepulangan Moses Atede mungkin pilihan ideal Kedah untuk berjimat cermat menjelang jendela perpindahan kedua ini.

Ini kerana pemain berusia 26 tahun itu sudah bergelar ejen bebas dan tidak menjadi masalah buat Atede untuk menyesuaikan diridi Liga Malaysia.

Sebelum ini, Atede hadir dengan status sebagai pemain tonggak yang membawa kelab bola sepak berpangkalan di Bahrain, Al-Muharraq SC memenangi Piala AFC 2021.

Untuk rekod, Atede pernah beraksi bersama Kedah pada musim lalu sebelum memutuskan untuk kembali ke Bahrain pada tahun ini.

3. Nazmi Faiz

Arkitek tengah yang disambar dari Selangor pada 2019 ini semakin sunyi daripada bibir penyokong lantaran peranannya banyak dipikul oleh Afiq Fazail ketika ini.

Namun itu tidak bermakna Nazmi tidak setajam dahulu kerana pemain ini sangat mahir melakukan jaringan di samping merencanakan gerakan pasukan itu dari kawasan tengah.

Dengan keluar menjadi pemain pinjaman bersama pasukan lain, ia dirasakan mampu menghidupkan kembali nama Nazmi Faiz seperti dahulu.

Kedah mungkin antara calon sesuai untuk menghidupkan semula nama Nazmi Faiz secara pinjaman daripada JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram