PERLAWANAN Liga Super melibatkan Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu terpaksa ditunda kepada tarikh baharu yang akan ditetapkan.
Selepas mencatat kemenangan tiga kali berturut-turut ke atas Kedah, JDT hadir dengan momentum positif untuk berdepan Perak yang tewas dalam tiga aksi terakhir liga.
Kesebelasan utama JDT diketuai oleh pemain kebangsaan, Matt Davies di benteng pertahanan manakala Perak tempang tanpa bintang import, Lee Tae-min yang disisihkan akibat kecederaan.
BACA LAGI: Habib Haroon tinggalkan Kedah? Bekas penyerang 'usik' Sang Kenari minta dihubungi
BACA LAGI: 'Pentas ACLE, ACL 2 lebih mencabar, Selangor & JDT bakal hadapi nasib serupa'
Ketika permainan baru memasuki minit ketiga, pengadil terpaksa menangguhkan aksi seketika ekoran hujan lebat di venue perlawanan yang menyebabkan padang bertakung.
Selepas hampir sejam menunggu dan semakan dari pihak komisier perlawanan, keputusan untuk menunda aksi telah dibuat ke satu tarikh baharu yang bakal ditetapkan kemudian.
JDT akan terus beraksi di pentas akhir Piala FA pada 24 Ogos tanpa sebarang perlawanan manakala pesaingnya, Selangor FC memanfaatkan waktu rehat Liga Super dengan menyertai Piala Sultan Selangor menentang Pilihan Singapura di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram