WALAUPUN terpalit dengan kontroversi panas, atlet Algeria, Imane Khelif berjaya merangkul pingat emas dalam acara tinju wanita yang berlangsung di Stadium Roland-Garros, Paris pada Jumaat.
Malah kecaman daripada peminat sukan dari seluruh dunia yang mempertikaikan jantinanya itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Khelif untuk terus berjuang mencapai impiannya.
Khelif, 25, dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Yang Liu dari China dengan keputusan 5-0 bagi kategori 66 kilogram sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama Algeria dalam acara tinju wanita.
BACA LAGI: [VIDEO] Imane Khelif buka mulut mengaku wanita, bapa dakwa peninju Itali lembik
Pada perlawanan tersebut, Khelif dilihat lebih mendominasi perlawanan daripada Yang sehingga pusingan akhir.
"Saya sangat gembira. Selama lapan tahun, ini adalah impian saya dan kini saya adalah juara Olimpik serta pemenang pingat emas.
"Saya telah bekerja keras selama lapan tahun, tanpa tidur. Sekarang saya seorang juara Olimpik,” katanya.
Khelif didakwa sebagai wanita 'jadian' sejak kanak-kanak oleh media Barat. — Agensi
Sementara itu, bercakap kepada dalam temu ramah eksklusif bersama rakan video sukan rasmi AP, SNTV, dia berkata, dirinya secara peribadi terjejas teruk dengan kecaman masyarakat antarabangsa.
“Saya mahu menghantar mesej kepada dunia, untuk memegang teguh prinsip Olimpik dan Carta Olimpik, dan elakkan daripada membuli kesemua atlet, kerana perbuatan ini mempunyai kesan yang amat mendalam.
“Ia mampu memusnahkan individu, dan juga membunuh pemikiran, semangat, dan minda individu itu. Ia boleh memecah belahkan masyarakat. Untuk itu saya merayu mereka untuk berhenti daripada perbuatan membuli,” katanya lagi.
Congratulations Khelif pic.twitter.com/55jN5JnM0R
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) August 10, 2024
Sebelum ini, Khelif mencetuskan kontrovesi selepas mengalahkan Angelina Carini dari Itali dalam masa 46 saat pada pusingan pertama perlawanannya.
Atlet Itali itu kemudian menangis dan meninggalkan perlawanan tersebut selepas mengalami kecederaan teruk pada hidungnya.
Khelif berjaya menyingkirkan Carini (pusingan awal), Anna Luca Hamori dari Hungary (suku akhir), Janjaem Suwannapheng dari Thailand (separuh akhir) sebelum menewaskan Yang dalam perlawanan akhir.
Untuk makluman, Khelif mengalami simptom perbezaan dalam pembangunan seksual (DSD), iaitu mempunyai kromosom XY, yang membuatkannya mempunyai fizikal seakan-akan seperti lelaki dewasa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram