Ramai tidak tahu sebab sebenar Imane Khelif dianggap atlet wanita ‘jadian’ bergenetik lelaki sejak kecil


  • Podium
  • Jumaat, 02 Ogos 2024

Khelif didakwa sebagai wanita 'jadian' sejak kanak-kanak oleh media Barat. — Agensi

NAMA petinju Algeria, Imane Khelif menjadi tumpuan ketika ini selepas menjadi punca wakil Itali, Angela Carini menarik diri daripada acara tinju wanita Sukan Olimpik 2024.

Carini menarik diri selepas 46 saat bertarung dengan dia mendakwa menerima dua tumbukan kuat seperti dilakukan oleh lelaki daripada Khelif.

Ia menimbulkan spekulasi dengan mendakwa Khelif merupakan seorang transgender dan bukannya wanita sebenar.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Saya tidak pernah ditumbuk sekuat ini’, peninju Olimpik tarik diri 46 saat lepas berdepan wanita ‘jadian’

BACA LAGI: RTM tidak sengaja siar aksi badminton atlet Olimpik Zionis berbanding Lee Zii Jia

Dakwaan yang Khelif merupakan seorang wanita 'jadian' itu bertebaran di internet ketika ini terutamanya oleh media pro-Barat. Namun begitu, menurut perkongsian Ahza Adhwa, dakwaan itu sebenarnya bukanlah tepat.

Menurutnya, Khelif sendiri adalah seorang Muslim yang berasal dari negara yang mengharamkan transgender. Sebagai rekod, Algeria mengenakan hukuman penjara terhadap lelaki yang berpakaian wanita dan sebaliknya.

"Imane Khelif yang disebarkan oleh agenda Barat, sebenarnya seorang Muslim, berasal daripada negara Algeria. Algeria, seperti negara Muslim lain, mengharamkan transgender.

"Algeria juga merupakan sebuah negara yang menetapkan hukuman penjara untuk lelaki yang berpakaian wanita, dan wanita berpakaian lelaki," ujarnya.

Ahza menjelaskan yang ketika kecil, Khelif mengalami penyakit genetik yang dikenali sebagai Swyer Syndrome. Seseorang yang menerima sindrom itu mempunyai organ seks perempuan tetapi bergenetikkan lelaki.

"Imane Khelif mempunyai satu penyakit genetik, dia mempunyai organ seks perempuan, tetapi genetik lelaki (X.Y). Swyer Syndrome, atau penyakit genetik 46, XY.

"Mereka yang menghidap penyakit ini, mengeluarkan hormone testoterone yang lebih tinggi, kurang darah haid, lebih tinggi daripada wanita biasa, tidak mempunyai payudara untuk menyusukan anak. Khelif mungkin mempunyai vagina, tetapi tidak mempunyai rahim," jelasnya.

Tambah Ahza, Khelif sebenarnya mempunyai kelemahan sebagai perempuan tetapi kelebihan seorang lelaki. Disebabkan itu, dia mempunyai tumbukan yang cukup keras.

Jadinya, Khelif bukanlah seorang transgender. Seorang transgender mahu mengubah gendernya dengan keinginan sendiri melalui pembedahan tetapi apa yang terjadi kepada Khelif itu adalah secara semula jadi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram