[VIDEO] Imane Khelif buka mulut mengaku wanita, bapa dakwa peninju Itali lembik


  • Podium
  • Ahad, 04 Ogos 2024

Latar belakang Imane terus dipersoalkan walaupun dia ketika ini sudah menempah slot ke separuh akhir acara tinju Olimpik 2024. — Agensi

PENINJU sensasi dari Algeria, Imane Khelif akhirnya membuka mulut selepas jantinanya diragui ketika berentap dalam temasya Olimpik Paris baru-baru ini.

Dia yang berdepan peserta dari Itali, Angela Carini disebut-sebut sebagai seorang lelaki yang mengubah jantina untuk membolehkannya berentap dengan cemerlang dalam kategori wanita.

Perkara itu terus menjadi buah mulut orang ramai di media sosial yang mendesak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

BACA LAGI: Olimpik Paris terus cetus kontroversi, benarkan 2 peninju gagal ujian jantina bersaing

BACA LAGI: Ramai tidak tahu sebab sebenar Imane Khelif dianggap atlet wanita ‘jadian’ bergenetik lelaki sejak kecil

Amar, father of Algerian boxer Imane Khelif, sits with his children as he shows a picture of Imane when she was young, inside his house, in Tiaret province, Algeria August, 2, 2024. REUTERS/Ramzi Boudina

Bapa kepada Imane (kanan) menunjukkan foto atlet berkenaan ketika masih kecil. — Agensi

Malah, bapa kepada Imane, Omar turut diminta untuk memberikan respons selepas anaknya menerima kecaman teruk dengan ada mahu atlet berkenaan menarik diri.

Bagaimanapun, jawapan diberikan bapanya hanya menghangatkan lagi keadaan apabila dia menegaskan peninju Algeria berkenaan adalah seorang perempuan yang dilatih sejak kecil.

"Dia adalah wanita yang kuat dan berlatih bersusah payah sejak kecil. Lawannya dari Itali tidak menewaskan anak saya kerana dia 'lembik' dan tidak sehebat Imane," katanya.

Respons itu tidak menghentikan desakan orang ramai, lebih-lebih lagi selepas penemuan dokumen pernah dikeluarkan Persatuan Tinju Antarabangsa melarang peninju berkenaan selepas menemui kejanggalan dari segi genetik dalam dirinya.

Bagaimanapun, Unit Tinju Paris (PBU) mengambil keputusan berbeza apabila membenarkan Imane serta wakil Taiwan, Lin Yu-ting yang berdepan nasib sedemikian untuk bersaing dalam temasya Olimpik sejak edisi yang diadakan di Tokyo tiga tahun lalu.

Peluang berkenaan diambil dengan baik oleh peserta dari Algeria itu yang sudah merekodkan dua kemenangan, iaitu ke atas Carini dan Anna Luca Hamor dari Hungary setakat ini.

Kedua-dua kemenangan itu meletakkannya ke pentas separuh akhir dalam kategori welterweight wanita dengan kemungkinan besar buatnya membawa pulang pingat emas.

Malah, selepas aksi berdepan Hamor, Imane mengeluarkan kenyataan ringkas berbunyi 'saya adalah wanita' kepada media untuk menepis segala tohmahan diterimanya setakat ini.

Luahan tersebut dibuat berserta limpahan perasaan dialaminya selepas mara ke pusingan cukup genting selain kecewa atas cemuhan tidak henti ditujukan ke arahnya.

Selepas ini, peninju berusia 25 tahun berkenaan bakal berdepan Janjaem Suwannapheng dari Thailand di peringkat separuh akhir pada Selasa dalam misi peribadinya membawa pulang pingat demi negaranya kali ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram