[VIDEO] Wanita maut tersepit, anak meraung lihat ibu terkulai dirempuh 2 lori dekat Temerloh


  • 112
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi kejadian.

SEORANG wanita maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Jalan Semantan dekat Kampung Megat Segama dekat Temerloh, Pahang pada Selasa.

Menerusi maklumat awal yang dikongsikan pengguna media sosial, kemalangan itu berlaku apabila kenderaan jenis Proton Saga Aeroback yang dinaiki mangsa dilanggar dari belakang oleh lori sawit sebelum dirempuh lori membawa tong gas.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan pukul 3.44 petang.

BACA LAGI: [VIDEO] Hina, serang polis lepas keluarga kemalangan, PDRM buru kumpulan lelaki merusuh di Temerloh

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki pura-pura beli sebelum larikan rantai emas RM58,000 di Temerloh

"Mangsa wanita tersepit dalam kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

" Manakala sorang lelaki yang turut berada dalam kereta turut cedera tersepit manakala kedua-dua pemandu lori selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau lagi, tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dikerah ke lokasi kejadian yang berada kira-kira 15 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.

"Anggota bomba yang tiba di lokasi segera mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

" Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,"katanya.

Pada masa sama, tular satu video memaparkan insiden kemalangan tersebut.

Video tersebut turut membuat orang awam yang berada di lokasi kejadian dan warga maya sebak sebaik melihat anak mangsa meraung meratap kematian ibunya akibat nahas itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram