Hilang sejak Mei lalu, polis minta bantuan kesan Lin Yu Cheng


  • 112
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Lin Yu Cheng dilaporkan hilang sejak Mei lalu.

POLIS meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan Lin Yu Cheng, 14, kira-kira pukul 3 petang Isnin.

"Dia kali terakhir dilihat di rumahnya di Kondominium Dataran Prima dekat Petaling Jaya, Selangor pada 3.10 petang pada 25 Mei lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’

BACA LAGI: [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja

“Remaja terbabit berketinggian 154 sentimeter (cm), berat 42 kilogram (kg) dan berambut hitam," katanya pada Selasa.

Beliau turut menggesa orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kehilangan gadis berkenaan untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) PJ di talian 03-79662222. — The Star/ Farik Zolkepli

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram