Dokumen berkaitan caruman LHDN, Perkeso, KWSP tidak tepat, bintang KL City mungkin disambar besar-besaran


  • Podium
  • Isnin, 05 Ogos 2024

Perkhabaran itu sudah tentu memberi kesan cukup mendalam terhadap arena bola sepak KL City.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenakan denda terhadap Kuala Lumpur (KL) City FC berikutan masalah pengurusan dan tunggakan gaji dialami pasukan tersebut bermula tahun lalu.

Berdasarkan satu kenyataan pada Isnin, kelab Lembah Klang itu turut mengalami denda daripada Persatuan Bola Sepak Asia (AFC) berikutan isu dialami mereka.

"Hasil semakan FIB (First Instance Body) itu mendapati dokumen yang diserahkan KL City FC berkenaan caruman LHDN, KWSP dan Perkeso mengandungi maklumat tidak tepat. Maklumat itu jelas bercanggah dengan dokumentasi yang diserahkan kepada FIB sebelum tarikh akhir penyerahan dokumen kriteria kewangan pada 31 Ogos 2023 untuk lesen kebangsaan dan 31 Mac 2024 untuk lesen AFC," tulisnya.

BACA LAGI: Jaga-jaga Sri Pahang, semangat kem KL City sudah pulih, Josue mahu pecah rekod Fandi Ahmad

BACA LAGI: Kedudukan Sri Pahang bukan ukuran, KL City lega 2 watak utama sedia ranap Tok Gajah

454278876_514158627672792_7195809331530413242_n

Kenyataan dikeluarkan MFL berhubung kes pengurusan KL City FC. MFL

Kesalahan berkenaan menyaksikan juara Piala Malaysia 2021 itu dikenakan beberapa hukuman, termasuk pemotongan enam mata dalam Liga Super, denda sebanyak RM50,000 serta sekatan perpindahansehingga penghujung musim 2024/25.

Lebih mengecewakan lagi, AFC turut memberikan tiga bentuk hukuman terhadap pasukan berkenaan yang bakal menyaksikan mereka tidak dibenarkan memohon lesen sehingga penghujung musim 2025/26.

Malah, KL City FC juga perlu membayar denda sebanyak RM50,000 dan lesen mereka untuk berentap dalam saingan peringkat Asia musim ini ditarik semula.

Perkhabaran itu sudah tentu membuka mata kelab-kelab Liga Super untuk menyambar pemain skuad Warga Kota seperti Haqimi Azim Rosli, Paulo Josue dan Azri Ghani pada jendela perpindahan kedua akan datang.

Manakan tidak, masa depan semakin kelam itu menyaksikan perasaan cinta terhadap kelab kian pudar selepas kebajikan mereka juga terabai kebelakangan ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram