HANYA tangisan mengiringi perlawanan separuh akhir perseorangan wanita selepas pemain Sepanyol, Carolina Marin terpaksa menarik diri ketika perlawanan menentang pemain China, He Bingjiao di Sukan Olimpik Paris sedang berlangsung pada Ahad.
Tiada daya untuk Carolina meneruskan perjuangan pada set kedua selepas mengalami kecederaan di lutut kanannya, meskipun mendahului dengan mata 10-8.
Tangisan Carolina yang juga pemenang pingat emas edisi 2016 di Rio de Janeiro itu membuatkan semua yang berada di Porte de la Chapelle Arena, Paris, terdiam buntu.
BACA LAGI: Zii Jia-Antonsen sering berlatih bersama, siapa buat silap akan tewas — legenda badminton negara
BACA LAGI: RTM tidak sengaja siar aksi badminton atlet Olimpik Zionis berbanding Lee Zii Jia
heartbreaking moment in @Paris2024 #Olympics #carolinamarin gets injured in
2nd set of #Badminton semi-final pic.twitter.com/NSvsj3mlsR
— ͏͏͏͏͏͏ ͏͏͏͏͏ˢᵃˡᵃᵃʳ (@_keshav) August 4, 2024
Atlet tersebut tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya gagal menempah tiket ke slot final walaupun berjaya menang set pertama 21-14.
Jurulatih pada awalnya cuba memujuk pemain berusia 31 tahun itu untuk tidak lagi meneruskan permainan namun Carolina tetap berkeras untuk bermain kerana yakin kemenangan akan berpihak kepadanya.
Bagaimanapun dia hanya mampu bertahan kurang dua minit di atas gelanggang, sebelum terpaksa menyerah kalah kerana kecederaan di lutut kanannya sekali gus menyukarkan pergerakannya.
Sukar menerima hakikat pedih itu, Carolina dilihat meraung dan menangis di hadapan ribuan penyokong yang turut bersimpati terhadapnya.
Meskipun terpaksa menarik diri daripada perlawanan tersebut, namun para penyokong yang hadir tetap berdiri dan bertepuk tangan sebagai tanda penghormatan buat atlet tersebut, atas semangat juangnya yang tinggi.
Ini merupakan kali kedua bintang Sepanyol itu terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan lutut kiri pada temasya 2020 di Tokyo, Jepun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram