ORANG ramai yang berhasrat menyertai Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad malam digalakkan untuk menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Sri Petaling.
Rapid KL dalam satu hantaran di Instagram berkata, pengguna juga disarankan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi perjalanan yang lebih lancar.
“Jom naik LRT ke Perhimpunan Pembebasan Palestin dan turun di Stesen LRT Bukit Jalil,” maklumnya pada Ahad.
BACA LAGI: Mahkamah tertinggi PBB akhirnya tak iktiraf pendudukan Israel selama 57 tahun di wilayah Palestin
BACA LAGI: [VIDEO] Serang pengawal keselamatan dengan kapak, wanita Israel bunuh anak lelaki 6 tahun dicekup
Himpunan tersebut dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang.
Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung pada Ahad bakal menyaksikan rakyat Malaysia bersatu hati dalam menzahirkan solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin.
Dijadual bermula pada pukul 6 petang, himpunan yang dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang itu diadakan bertujuan menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk kekejaman rejim Zionis yang tiada berkesudahan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka menyampaikan pidato pada acara kemuncak himpunan untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin, bersama-sama beberapa pemimpin lain.
Antara aktiviti lain yang bakal berlangsung termasuk Pidato Solidariti Palestin, solat Maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram