SATU pertembungan perseorangan lelaki melibatkan wakil dari negara haram Israel dan Nepal secara tidak sengaja untuk kira-kira lima minit di Siaran Olimpik 4 di RTMKlik pada Rabu.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman dalam kenyataan pada Khamis berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kemudiannya bertindak menyiarkan acara bola baling dengan segera.
"Sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024, RTM sudah menyiarkan aksi Lee Zii Jia secara langsung di saluran Okey pada Rabu bermula pukul 8.50 malam sehingga 9.30 malam (MyTV, Astro & RTMKlik).
BACA LAGI: Paris 2024: 'Debut' pengantin baharu buka langkah kemenangan Malaysia di gelanggang badminton
BACA LAGI: Jangan hampa pulang tangan kosong, skuad badminton ada sasaran lebih besar di Olimpik
Aksi Zilberman disiarkan untuk kira-kira lima minit di RTM. — Agensi
"RTM menyiarkan aksi Olimpik secara langsung menerusi dua saluran, TV Okey dan Saluran Sukan dan enam saluran istimewa di RTMKlik untuk memenuhi permintaan orang ramai yang mahu merasai kemeriahan temasya Olimpik secara dekat bermula 28 Julai sehingga 12 Ogos," katanya.
Pada Khamis, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengarahkan RTM untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan tiada siaran langsung aksi pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024.
Ia susulan seorang pengguna laman Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila RTM sebagai badan penyiaran nasional tidak menyiarkan aksi Zii Jia menentang pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian, sebaliknya menyiarkan perlawanan antara atlet Israel, Misa Zilberman dan atlet Nepal, Prince Dahal. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram