PERTEMUAN skuad Tok Gajah dan KL City di Stadium Kuala Lumpur, Cheras menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Nyaris diaibkan di tempat lawan, pasukan Sri Pahang FC boleh menarik nafas lega apabila terselamat daripada dibolosi dalam empat percubaan berbahaya daripada penyerang sensasi KL, Paulo Josue.
Aksi debut penjaga gawang Azfar Arif mempamerkan persembahan cemerlang apabila berjaya menepis keempat-empat ledakan padu dari penyerang Harimau Malaya itu.
BACA LAGI: Piala FA: Kelibat Jalil Elias di latihan bukti masih bersama JDT, sedia ranap budak universiti
BACA LAGI: Prestasi bersama skuad kebangsaan antara sebab JDT mungkin kehilangan Jalil Elias
Dalam pada itu, serangan skuad Tok Gajah dilihat kurang membuahkan hasil ekoran ketiadaan pemain import Kpah Sherman yang terpaksa direhatkan selepas mengutip dua kad kuning dalam perlawanan terdahulu.
Skuad KL City dan Pahang terikat seri tanpa jaringan di Stadium Kuala Lumpur. — Facebook/SriPahangFC
Bersambung di babak kedua perlawanan menyaksikan skuad Warga Kota terus melancarkan asakan demi asakan ke arah pintu gol Pahang dengan kepantasan serta kelicikan pemain seperti Haqimi Rosli, Kenny Palraj dan Partiban kerap kali mencuba nasib melakukan sepakan dari luar kotak penalti.
Kemasukan pemain gantian, Azam Azih pada minit ke-75 juga gagal membuahkan hasil apabila pasukan itu buntu merancang pergerakan dari tengah padang selain kerap hilang bola ketika melakukan serangan balas.
Namun, kecemerlangan penjaga gawang Tok Gajah nyata berjaya menyelamatkan maruah pasukannya daripada pulang dengan tangan kosong.
Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan, sekali gus menyaksikan satu mata berjaya dibawa pulang bagi meneruskan aksi pada saingan berikutnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram