Gagal ke final, perenang Hoe Yen kempunan perbaharui rekod kebangsaan di Olimpik Paris


  • Podium
  • Sabtu, 27 Jul 2024

Khiew Hoe Yean gagal memperbaharui rekod kebangsaan pada Sukan Olimpik Paris 2024.

PERENANG muda negara Khiew Hoe Yean terlepas peluang untuk mencatatkan persembahan terbaiknya dalam saringan 400 meter (m) gaya bebas lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 pada Sabtu.

Ia sekali gus menyaksikan perenang berusia 22 tahun itu gagal memperbaharui rekod kebangsaan dengan sekadar menduduki tempat keempat dalam Heat 2, dengan catatan masa 3 minit dan 51.66 saat.

Hoe Yean menduduki tempat ke-27 daripada 38 perenang dalam saringan acara tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Atlet Mexico 'teruja' guna katil kadbod ketika sertai Olimpik Paris 2024

BACA LAGI: [VIDEO] Air mata di bumi Paris, trio memanah wanita sekadar tempat kedua tercorot

Lapan perenang terbaik mara ke final yang dijadual pada Ahad petang.

Perenang Jerman, Lukas Martens mengungguli acara itu dengan catatan 3 minit dan 44.13 saat di hadapan atlet Brazil, Gulherme Costa (3 minit, 44.23 saat).

Tumpuan kini terarah kepada perenang wanita negara, Rouxin Tan yang turut membuat penampilan pertama dalam Olimpik bagi acara 100m kuak dada pada Ahad. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram