[VIDEO] 'Bagi je piala kat JDT', video lama 'makcik petir' jadi modal fans Terengganu luah perasaan


  • Podium
  • Sabtu, 27 Jul 2024

Tangkap layar seorang penyokong wanita yang digelar 'Makcik Petir' kini tular di media sosial.

SAINGAN Liga Super Malaysia musim ini menyaksikan skuad Johor Darul Takzim (JDT), kekal menduduki carta teratas selepas enam perlawanan dimenangi setakat ini.

Berjaya mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam kesemua saingan tersebut, mengukuhkan lagi cengkaman juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu yang dilihat semakin selesa di puncak liga ketika ini.

Pungutan 18 mata keseluruhan menyaksikan jurang skuad Harimau Selatan dengan pasukan Sabah FC, semakin besar dengan perbezaan sebanyak 10 mata sekali gus memberi bayangan anak-anak buah Hector Bidoglio mampu mengulangi kejayaan musim lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Gelagat 'Makcik Petir' curi tumpuan aksi basah JDT—Sri Pahang

BACA LAGI: Lepas hilang Safawi-Akhyar, Terengganu mungkin terpaksa lupakan khidmat bek muda

Situasi itu boleh digambarkan menerusi perkongsian tular seorang peminat bola sepak tanah air yang sebelum ini pernah mencuri perhatian warganet.

Menerima gelaran 'Makcik Petir' oleh peminat bola tanah air, individu berkenaan meluahkan kemarahan dan kekecewaannya terhadap prestasi pasukan tempatan yang disifatkan seperti tidak terdaya untuk mencabar kedudukan JDT.

"Lain kali tak payah buat Liga Super, bagi saja piala dekat JDT," katanya.

@mohdaliffshadiqin92 nie dia ‘Makcik Petir’ yang suaranya kuat sekali di stadium sultan ibrahim semasa perlawanan liga super 2024 Johor DT FC vs Sri Pahang FC.. #MakcikPetir #FansSriPahangFC #LigaSuperMalaysia2024 #JdtfcvsSriPahangFC #fyp #fypage #fypシ゚viral #semogafypシ ♬ bunyi asal - MOHD ALIFF SHADIQIN II

Video berdurasi 20 saat itu kembali tular di laman penyokong Terengganu yang berang dengan keputusan kontroversi pengadil dalam perlawanan menentang JDT pada Jumaat.

Ini selepas ramai beranggapan kekasaran dilakukan bek Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili ke atas Bergson da Silva tidak wajar dipersalahkan.

Akibatnya, Ubaidullah dilayangkan kad merah, sekali gus menyaksikan Terengganu FC menjadi mangsa kerakusan JDT apabila dibolosi empat kali di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Jumaat.

Penyerang import sensasi Bergson da Silva melengkapkan kecemerlangan skuad itu apabila berjaya meledak hatrik dalam pertemuan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram