PENGGUNAAN katil kadbod dalam Sukan Olimpik Paris 2024 kembali hangat diperkatakan ekoran pengenalannya di Sukan Musim Panas Tokyo, tiga tahun lalu.
Katil itu yang sebelum ini difahamkan berfungsi sebagai 'anti seks', disediakan dalam setiap bilik penginapan atlet yang bertanding pada temasya kali ini.
Namun, ia sebenarnya merupakan sebahagian daripada projek kitar semula yang sejajar dengan tema sukan berkenaan untuk menjaga kelestarian alam sekitar.
Seorang atlet Mexico teruja berkongsi kewujudan katil tersebut menerusi laman instagram peribadi baru-baru ini.
Menurut laman rasmi Sukan Olimpik Paris, katil itu 100 peratus diperbuat di Perancis dan akan dikitar semula untuk kegunaan acara lain di negara terbabit kelak.
Selain itu, antara keunikan lain pada edisi Olimpik kali ini adalah, setiap perkampungan atlet tidak disediakan penghawa dingin.
Alat penyaman udara itu digantikan dengan sistem paip air yang berfungsi sebagai penyejuk yang diletakkan di bawah lantai. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram