KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Apple melaksanakan inisiatif baharu bagi melatih jurulatih instruksional dan pendidik untuk membimbing guru memanfaatkan sepenuhnya teknologi Apple dalam pengajaran serta pembelajaran.
KPM dalam satu kenyataan berkata, langkah itu merupakan satu program pensijilan profesional percuma yang dilakukan selaras dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) khususnya bagi Teras 2 yang memberikan keutamaan kepada pemerkasaan kompetensi digital pendidik melalui program pembangunan profesional yang berterusan.
"Sebagai permulaan, seramai 1,500 guru terpilih di seluruh negara akan menerima latihan khusus mulai tahun ini.
BACA LAGI: Matrikulasi: Fadhlina beri jaminan tiada pelajar cemerlang tercicir, minta diberi masa
BACA LAGI: Ramai pelajar 10A gagal ke matrikulasi, boleh ke PM Anwar bantu? — Wee Ka Siong
"Peserta Apple Learning Coach akan mengikuti kurikulum dalam talian yang dibimbing oleh Apple Professional Learning Specialists merangkumi modul akses kendiri dan bengkel maya secara langsung selama dua hari.
"Pembangunan profesional ini turut menyumbang kepada mata kredit pembelajaran profesional guru," katanya pada Sabtu.
Tambahnya, program itu juga sejajar dengan Teras 6 DPD iaitu bekerjasama dengan syarikat seperti Apple untuk mempercepat pencapaian visi DPD bagi melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing, menerusi peningkatan kemahiran 100,000 guru menjelang 2027. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram