MENDIANG B Sathianathan merupakan salah seorang jurulatih paling berpengaruh dalam dunia bola sepak tempatan kerana pernah membimbing beberapa pasukan lokal.
Selangor FA, Kelantan FA dan Sarawak United merupakan antara destinasi pernah disinggah pengendali berkenaan sepanjang bertahun-tahun terlibat dalam dunia tersebut.
Namun, di sebalik kelantangannya di hadapan lensa kamera, pelbagai momen menyentuh hati pernah dilakukan mendiang seperti mana dikongsikan bekas anak-anak buahnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Hanya cinta kontrak, 3 pemain TRW Kelantan pernah bikin penyokong jatuh hati waima sekejap
BACA LAGI: Lepas Annuar Musa, legenda kelab kena 'sekolah' beri idea tak relevan nak bela nasib TRW
Safee Sali (kiri) mengirimkan kata-kata menyentuh hati selepas Sathianathan meninggal dunia.
Bekas tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali merupakan antara yang tampil menceritakan kebaikannya kerana bekas Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) itu sering membantu meringankan beban pemain.
Menurutnya, Sathianathan pernah meminjamkan duit kepada pemain yang berdepan masalah kewangan dengan amaun diberikan difahamkan mencecah ribuan ringgit.
"Dia sebenarnya sangat pemurah. Sekiranya pemain tidak mendapat bayaran gaji, dia akan mengeluarkan duit sendiri untuk membantu pemain yang mengalami masalah itu," katanya.
Bantuan dihulurkan tersebut sudah tentu mengeratkan lagi hubungannya dengan pemain yang sekali gus menjadi kunci dalam membawa pelbagai kejayaan dalam kariernya.
Antara pencapaian pernah dikecapinya adalah apabila dia membantu skuad The Red Warriors (TRW) memenangi Piala Malaysia 2010 dan membawa ATM FA ke gelaran Liga Perdana 2012.
Prabakaran (kanan) menjadi mangsa perkauman di media sosial.
Selain itu, seorang lagi bekas bintang JDT, S Kunalan turut menceritakan kebaikan Sathianathan dalam membantu seorang pemain menyerlahkan bakat sebenar mereka.
"Dia adalah antara jurulatih terbaik, miliki pengalaman dan pengetahuan sangat bagus untuk berikan penambahbaikan kepada pemain. Saya sendiri antara pemain yang menjadi pilihannya untuk dibawa ke dalam pasukan kebangsaan,” kata pemain itu.
Kebaikan mendiang tidak terhenti di situ apabila dia pernah mempertahankan pemainnya, K Prabakaran yang menjadi mangsa perkauman ketika kedua-dua mereka berada di Selangor.
Dalam satu sidang media selepas perlawanan, Sathianathan menepis segala kritikan diberikan terhadap bek kiri itu yang mengalami kecaman daripada penyokong, termasuk dalam kalangan peminat skuad Gergasi Merah.
Mendiang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 65 tahun tepat setahun lalu, iaitu pada 18 Julai 2023 selepas beberapa tahun bergelut dengan komplikasi kesihatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram