[VIDEO] Kesilapan silam penjaga gol Kelantan FC bawa padah, fans berang buang mercun


  • Podium
  • Rabu, 10 Apr 2024

Skuad The Red Warriors (TRW) yang pernah mencipta sensasi apabila menjadi pasukan yang cukup digeruni pihak lawan. — Agensi

ISU berkaitan salah laku dalam kalangan penyokong bola sepak di Malaysia bukanlah satu isu yang baharu.

Hampir setiap musim, terdapat insiden salah laku membabitkan penyokong bola sepak dari pelbagai pasukan.

Antara bentuk salah laku yang sering dilakukan oleh peminat adalah seperti menjerit, mencaci maki, mengeluarkan kata-kata lucah atau kesat serta memperlekehkan pasukan dan penyokong lawan.

Lebih mengecewakan lagi apabila ada segelintir penyokong yang berani untuk membaling objek ke tengah padang, membakar mercun dan suar sehingga melakukan rusuhan.

BACA LAGI: Kelantan FC sah beraksi Liga M3, dua lagi kelab dari Utara dan Borneo tarik diri

BACA LAGI: Pernah berpuasa sebelum masuk Islam, atlet boling cantik negara teruja sambut lebaran

Dalam pada itu, mengimbau kembali insiden 14 tahun lalu, penyokong Kelantan FA yang kecewa dengan keputusan akhir berdepan Kedah FA ketika itu nekad membuang objek dan membakar mercun.

Tindakan berani itu tercetus selepas penjaga gol Kelantan FA, Syed Adney Syed Hussein membuat kesilapan besar apabila membenarkan Kedah FA pulang dengan tiga mata penuh dalam saingan Liga Super musim 2010.

Insiden yang berlaku pada minit ke-41 itu menyaksikan Syed Adney didakwa leka mengawal bola dalam kawasan penalti sehinggakan salah seorang pemain Kedah mengambil kesempatan mencuri bola daripada kawalannya.

Dalam aksi tersebut, pasukan kendalian mendiang B. Sathianathan itu terpaksa akur selepas tewas 0-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram