Tahu tekanan menanti, Nidzam Jamil optimis Selangor boleh pergi jauh


  • Podium
  • Ahad, 17 Mac 2024

Harapan tinggi diletakkan di bahu Nidzam untuk membawa skuad Gergasi Merah di pentas domestik dan Asia. — Facebook/Selangor FC

KEPUTUSAN Selangor FC melantik Nidzam Jamil sebagai pengendali tetap menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana terdapat lebih ramai calon berkaliber di luar negara.

Mereka yang sebelum ini dikaitkan dengan Alexandre 'Mano' Polking dan Park Hang-seo memerlukan seorang jurulatih berkualiti bagi menghadapi saingan lebih sukar musim depan.

Tetapi, Nidzam yang bertahun-tahun menjadi pembantu akhirnya dipilih dengan orang ramai beranggapan hubungannya dengan kelab itu menjadi faktor utama atas pemilihan berkenaan.

Harapan tinggi pastinya diletakkan di bahu jurulatih berusia 43 tahun, lebih-lebih lagi apabila Selangor FC akan berentap dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2 2024/25.

Selain itu, penyokong Gergasi Merah juga akan berharap supaya Nidzam mampu membantu mereka menamatkan penantian menjulang trofi sejak kali terakhir memenanginya pada 2015.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Banyak team nak sambar', fans puji Nidzam Jamil, anak jati Kajang jadi pilihan Selangor

Tan-CH

Nidzam (kanan) ketika menjadi pembantu kepada Cheng Hoe. — Facebook/Selangor FC

Sasaran berkenaan pasti memberi tekanan buat anak jati Kajang, Selangor terbabit yang kurang berpengalaman dalam dunia kejurulatihan.

Namun, baginya, perkara itu adalah satu rencah dalam karier seorang pengendali, namun dia percaya perasaan itu dapat memotivasikan skuad.

"Setiap pekerjaan ada tekanan tersendiri. Sebagai jurulatih, pasti ada bebanan tersendiri seperti mana diketahui. Di Selangor, tiada hari berlalu tanpa tekanan. Kami akan menelitinya setiap hari.

"Saya masih ingat ketika masih bergelar pemain, mendiang Ken Worden pernah mengatakan saya akan diturunkan setelah melakukan penilaian sepanjang minggu.

"Jadi, sebagai seorang jurulatih pula, saya juga pasti akan dinilai setiap hari. Ia adalah satu hal yang biasa, tetapi dengannya, saya tahu kami boleh pergi jauh," katanya.

BACA LAGI: Dah macam JDT, Selangor dan TFC mungkin jadi 'port' baharu panaskan bangku simpanan

Under my watchful eyes ....Felda United coach Nidzam Jamil overseeing the Fighters - credit FB Felda United FC.

Pengalaman bersama Felda United merupakan satu-satunya pengalaman Nidzam sebagai ketua jurulatih.

Nidzam sebelum ini pernah membimbing Felda United untuk musim 2019 dengan dia membawa pasukan yang bergelut itu ke kedudukan ke-10 Liga Super.

Selepas itu, dia dibawa pulang ke Selangor FC dan bergelar pembantu kepada beberapa jurulatih, termasuk mendiang B Sathianathan dan Tan Cheng Hoe.

Tambahnya lagi, gaya permainannya hanya bergantung kepada barisan pemain dimilikinya, namun karakter dan peribadi masing-masing lebih penting buatnya.

"Saya dari Kajang, jadi saya gemar seseorang dengan gaya tersendiri. Apa yang boleh membawa pasukan kami ke depan adalah personaliti tersendiri kerana kami memerlukan mentaliti juara.

"Saya mahu seorang pemain yang sanggup berkorban demi pasukannya. Saya mahu seseorang yang boleh sokong antara satu sama lain," jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram