Mbappe akui kehilangan bekas bintang Man United punca jentera serangan Perancis tumpul di Euro 2024


  • Podium
  • Isnin, 08 Jul 2024

Mbappe hanya menjaringkan satu gol sepanjang kempen Euro 2024 buat skuad Les Blues. — Agensi

SKUAD antarabangsa Perancis berpotensi meraih sebuah lagi pencapaian dalam kempen Euro 2024 memandangkan mereka kini sudah berada di peringkat separuh akhir.

Meskipun berdepan Sepanyol yang juga merupakan pasukan pilihan, juara pada edisi 1984 dan 2000 itu mempunyai kualiti untuk mara ke pusingan akhir, sekali gus menjulangnya buat kali ketiga.

Bagaimanapun, berdasarkan saingan Euro kali ini, skuad Les Blues kelihatan sedikit merisaukan kerana jentera serangan mereka sedikit tumpul.

BACA LAGI: [VIDEO] Air mata Ronaldo, Portugal masih ‘bernyawa’ di pentas Euro terakhir

BACA LAGI: [VIDEO] Teknik staf SNBJ buang air 'ditiru' di stadium Euro 2024

1682965830051_6c88a58f-6b25-46b8-8f94-aa40cde1d0df

Mbappe (kiri) dan Pogba memiliki persefahaman cukup baik dalam skuad Les Blues. — Agensi

Dua gol di peringkat kumpulan dituruti jaringan sendiri ketika berdepan Belgium di pusingan 16 pasukan terbaik dengan ia adalah statistik mengecewakan melihat kepada kualiti mereka.

Namun, bagi kapten pasukan, Kylian Mbappe, masalah itu berpunca daripada ketiadaan pemain tengah, Paul Pogba yang digantung empat tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Menurutnya, hantaran tepat yang boleh dihasilkan bekas tonggak Manchester United itu amat dirindui dengan persefahaman antara mereka dapat disaksikan bertahun-tahun lamanya.

"Anda tanya mengapa saya tidak membuat larian awal seperti dahulu? Ini kerana saya perlu beraksi berdasarkan pasukan. Seorang penyerang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan kebolehan rakan sepasukan.

"Sebagai contoh, sebelum ini, kami memiliki Pogba. Dengan keberadaannya, saya hanya perlu memecut awal dan meminta bola. Pogba pasti mampu membuat hantaran sedemikian," katanya.

2342391-48746590-2560-1440

Pogba dihalang daripada terlibat dalam aktiviti bola sepak untuk empat tahun bermula 2023. — Agensi

Pada Ogos 2023, Pogba yang baru sahaja menyertai Juventus dikenakan hukuman berkenaan selepas gagal ujian doping, sekali gus menghalangnya daripada terlibat dalam dunia bola sepak.

Meskipun peluangnya untuk kembali ke tahap tertinggi seakan-akan sudah tertutup, pemain berusia 31 tahun itu enggan menamatkan kariernya terlebih dahulu.

Hubungan antara Pogba dan Mbappe memuncak ketika kedua-dua bintang Perancis terbabit menjadi watak utama semasa kempen Piala Dunia 2018.

Selepas ini, skuad kendalian Didier Deschamps itu akan berdepan Sepanyol di Allianz Arena, Jerman pada Selasa dengan kedua-dua pasukan memiliki kelebihan masing-masing.

Perlawanan akhir pula akan berlangsung di Olympastadion, Jerman pada 14 Julai depan dengan pemenang bakal berdepan England atau Belanda. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram