[VIDEO] Air mata Ronaldo, Portugal masih ‘bernyawa’ di pentas Euro terakhir


  • Podium
  • Selasa, 02 Jul 2024

Ronaldo (kiri) ditenangkan rakan sepasukannya selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan. — Agensi

DEBARAN Kejohanan Euro 2024 semakin dirasai dengan aksi pusingan 16 pasukan terbaik hampir melabuhkan tirainya dengan enam perlawanan sudah berlangsung.

Pasukan pilihan edisi kali ini, Portugal menepati ramalan ramai apabila berjaya menyingkirkan Slovenia dalam pertembungan berlangsung di Deustche Bank Park, Jerman pada awal pagi Selasa.

Aksi yang berakhir tanpa jaringan itu terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti dengan penjaga gol Portugal, Diogo Costa menjadi wira buat negaranya.

BACA LAGI: Itali kekal setia dengan Spaletti walaupun gagal pertahan takhta kejuaraan Euro

BACA LAGI: Bawa vibe Paolo Maldini di Euro 2024, bek Itali diburu 5 kelab gergasi

Namun, pertembungan itu sepatutnya berakhir sebelum penentuan penalti diadakan selepas kapten pasukan, Cristiano Ronaldo berpeluang memastikan kemenangan buat skuad kendalian Roberto Martinez.

Selepas 15 minit berlangsung pada aksi masa tambahan, Portugal dihadiahkan sepakan penalti setelah Vanja Drkusic melakukan kekasaran terhadap Diogo Jota.

Jadi, seperti kebiasaan, Ronaldo diberikan peluang untuk menyempurnakannya, namun gagal apabila sepakannya berjaya ditepis penjaga gol lawan, Jan Oblak.

Kegagalan itu jelas memberi kesan terhadap pemenang Anugerah Ballon d'Or berkenaan yang mengalirkan air matanya sebelum babak kedua masa tambahan berlangsung.

PRAGUE, CZECH REPUBLIC - JUNE 07: David Moyes, Manager of West Ham United, celebrates with their winners medal after the team's victory during the UEFA Europa Conference League 2022/23 final match between ACF Fiorentina and West Ham United FC at Eden Arena on June 07, 2023 in Prague, Czech Republic. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Oblak (kuning) berjaya menggagalkan sepakan penalti Cristiano Ronaldo. — Agensi

Ini kerana dia beranggapan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya sudah gagal selain kecewa kerana menghampakan harapan Portugal dalam pertandingan berkenaan.

Bagaimanapun, kekecewaan itu tidak berpanjangan selepas Ronaldo beraksi dengan baik untuk baki 15 minit masa tambahan di samping berjaya menyempurnakan sepakan dalam penentuan sepakan penalti.

Laporan akhir perlawanan menyaksikan juara Euro 2016 itu berjaya mara dengan keputusan 3-0 menerusi penentuan itu, sekali gus menyaksikan mereka bakal bertemu sebuah lagi pasukan pilihan, Perancis.

Pertembungan suku akhir antara kedua-dua negara berkenaan bakal berlangsung pada Sabtu di Volksparkstadion, Jerman dengan sukar buat penyokong meramal pemenangnya lebih awal. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram