Penentuan misi Liverpool, ketahui rekod 10 pertemuan lepas lawan Man United


  • Podium
  • Ahad, 07 Apr 2024

Suasana di Old Trafford boleh memberi kesan terhadap gaya permainan Liverpool.— Agensi

LIVERPOOL perlu melepasi cabaran menentang seteru utama mereka, Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu sekiranya ingin kekal berada di landasan tepat untuk merebut takhta liga.

The Reds yang akan berkunjung ke laman Man United di Old Trafford itu perlu bersiap sedia dengan sokongan dari penyokong tuan rumah, sekali gus memberi kesan terhadap gaya permainan mereka.

Walaupun Liverpool secara statistiknya sudah menikmati kejayaan yang lebih besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini dari segi trofi namun pertemuan antara dua musuh lama EPL itu masih menjadi perlawanan yang ditunggu-tunggu penyokong;

Sebelum penyokong dari kedua-dua kelab dihidangkan dengan aksi menarik malam ini, berikut rekod sepuluh pertemuan terakhir antara Man United dan Liverpool;

1) Man United 4-3 Liverpool - Piala FA

Perlawanan yang akan menjadi salah satu perlawanan suku akhir Piala FA diingati penyokong The Red Devils apabila kelab itu meninggalkan Old Trafford dengan kemenangan 4-3 pada Mac 2024.

The Red Devils bermula dengan kelebihan berikutan gol awal Scott McTominay namun Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah meletakkan Liverpool di hadapan sejurus sebelum perlawanan separuh pertama berakhir.

Antony mencetak gol penyamaan pada minit ke-87 sebelum jaringan Harvey Elliott meletakkan Liverpool di depan pada tambahan 30 minit. Masih belum mengangkat bendera putih, Marcus Rashford menyamakan kedudukan pada minit ke-112.

Aksi separuh akhir penuh dengan kejutan itu ditutup dengan kemenangan milik United apabila pemain akademi mereka, Amad Diallo mencetak gol saat akhir pada minit ke-121 perlawanan.

2) Liverpool 0-0 Man Utd - Liga Perdana

Liverpool sepatutnya berpotensi merekodkan kemenangan ke atas Man United semasa pertemuan pertama mereka pada musim 2023/24 dalam Liga Perdana, tetapi pasukan Erik ten Hag memberi saingan sengit sehingga keputusan berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Malah, mereka kekal sebagai satu-satunya pasukan yang menghalang Liverpool menjaringkan gol dalam semua pertandingan musim ini dan antara beberapa kelab yang mengelak kekalahan di Anfield pada saingan 2023/24.

BACA LAGI: [VIDEO] Cubaan Gakpo lakukan 'diving' gagal perdaya pemain Manchester United

amad

Amad mencetak gol saat akhir pada minit ke-121 perlawanan. — Agensi

3) Liverpool 7-0 Man Utd - Liga Perdana

Kemenangan paling bersejarah Liverpool menentang United hadir ketika saingan EPL musim 2022/23 apabila The Reds melakar kemenangan besar dengan mencetak tujuh gol yang tidak berbalas mengatasi pesaing terdekat mereka itu.

Cody Gakpo, Darwin Nunez dan Mohamed Salah masing-masing mencetak dua jaringan gol. Manakala, Roberto Firmino pula menjaringkan satu gol bagi melengkapi malam gilang-gemilang The Reds.

4) Man United 2-1 Liverpool - Liga Perdana

Ketika itu, Liverpool semakin menghampiri kejayaan quadraple pada musim 2021/22 namun membuat permulaan kempen yang buruk apabila seri dua perlawanan pembukaan mereka dan bertambah malang apabila tewas 2-1 di tangan Man United pada perlawanan ketiga mereka.

Jadon Sancho meletakkan tuan rumah di hadapan dan Rashford menggandakan kelebihan mereka sejurus selepas separuh masa. Gol lewat Salah tidak dapat menyelamatkan apa-apa untuk pelawat pada perlawanan berkenaan.

5) Liverpool 4-0 Man United - Liga Perdana

Jurulatih interim, Ralf Rangnick tidak menikmati satu-satunya lawatannya ke Anfield dengan pasukannya merekodkan kekalahan 4-0 di tangan The Reds dalam aksi EPL musim Liga Perdana 2022/23

Luis Diaz membuka jaringan selepas hanya lima minit perlawanan dan Salah menambah jaringan Liverpool pada minit ke-22. Sadio Mane menambah gol ketiga sebelum Salah meraih gol keduanya dalam perlawanan itu untuk meneruskan rekod hebatnya menentang Red Devils.

6) Man United 0-5 Liverpool - Liga Perdana

Man United terus dimalukan di laman sendiri apabila pada musim 2021/22 juga menyaksikan pasukan dengan gelaran 20 kali juara EPL itu tewas 0-5 di tangan Liverpool di Old Trafford.

The Reds mendahului empat gol pada separuh masa pertama hasil daripada usaha Naby Keita dan Diogo Jota, serta dua jaringan daripada, Salah. Pemain antarabangsa Mesir itu menjaringkan hatriknya sejurus selepas perlawanan bermula.

Sementara, Man United perlu bermain dengan 10 pemain apabila Paul Pogba dilayangkan kad merah pada hari yang benar-benar buruk buat The Red Devils itu.

BACA LAGI: Hanya Cody Gakpo perbelanjaan terbesar kami — Klopp

7-0

Tewas 0-7 pada tahun lepas merupakan kekalahan memalukan buat Man United. — Agensi

7) Man United 2-4 Liverpool - Liga Perdana

Kemenangan pertama daripada tiga kemenangan berturut-turut untuk Liverpool dalam perlawanan ini, aksi khusus ini dimainkan di hadapan Old Trafford yang kosong kerana wabak coronavirus.

Arkitek, Bruno Fernandes meletakkan Man United di depan selepas hanya sepuluh minit tetapi Jota dan tandukan Firmino mengubah keadaan untuk pelawat sebelum rehat.

Pemain Brazil itu pantas meraih gol keduanya selepas separuh masa, dengan Rashford menambah satu gol buat Man United namun Salah sekali lagi menundukkan Red Devils dengan usaha lewatnya untuk mendapatkan mata.

8) Man United 3-2 Liverpool - Piala FA

Sebelum kemenangan liga 4-2 mereka dalam saingan EPL 2020/21, Liverpool berkunjung ke Old Trafford untuk menentang United dalam pusingan keempat Piala FA dengan pasukan Ole Gunnar Solskjaer muncul menewaskan Liverpool 3-2.

Salah menjaringkan dua jaringan menentang Red Devils untuk menyamakan kedudukan 2-2 namun Fernandes memberi kemenangan berharga untuk tuan rumah dengan sepakan percuma yang hebat pada minit ke-78.

9) Liverpool 0-0 Man United - Liga Perdana

Pertemuan antara kedua-dua kelab pada saingan EPL 2020/21 menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan di Anfield. Man United mencipta banyak peluang tetapi dibaca oleh kecemerlangan Alisson menafikan kemenangan penting mereka.

The Red Devils berada di puncak carta ketika itu tetapi terlepas peluang untuk melangkah lebih jauh daripada pesaing tempatan Manchester City. Bagi Liverpool, ia adalah petanda bahawa mereka akan menghadapi kempen yang sukar.

10) Liverpool 2-0 Man United - Liga Perdana

Ini adalah perlawanan yang membuatkan penyokong Liverpool benar-benar percaya bahawa kejuaraan EPL akhirnya akan menjadi milik mereka, dengan kemenangan itu melonjakkan The Reds meraih 16 mata.

Tandukan tinggi Virgil van Dijk telah memberikan Liverpool pendahuluan awal tetapi Man United telah menunjukkan kehebatan mereka dengan beberapa peluang yang hampir menembusi gawang Liverpool.

Salah sekali lagi menjadi hero Liverpool apabila mencetak jaringan kemenangan pada babak kecederaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram