PENGARAH sukan bola sepak Manchester United, John Murtough mempunyai peluang keemasan untuk menandatangani Sergej Milinkovic-Savic dari Lazio sebagai pengganti Paul Pogba.
Skuad The Eagles dilaporkan bersedia untuk melepaskan pemain berusia 28 tahun itu pada jendela perpindahan musim panas dan Milinkovic-Savic juga menghampiri tahun terakhir kontraknya bersama kelab Itali tersebut.
Menurut IL Tempo, laman berita itu mendakwa Lazio akan menerima bayaran sekitar RM171.84 juta (£35) juta untuk kapten mereka.
United telah memulakan pencarian mereka untuk mendapatkan tonggak tengah yang mampu memberi ancaman pada musim depan dan Milinkovic-Savic sesuai dengan profil jenis pemain kelab itu.
Sama seperti bekas bintang Red Devils, Pogba, kedua-dua pemain mempunyai gaya permainan yang sama, Milinkovic-Savic boleh dijangka dapat beraksi di pelbagai posisi.
Pemain antarabangsa Serbia itu juga mencatat sumbangan gol agak memuaskan pada musim ini, yang mana mempunyai tujuh gol dan lapan bantuan dalam saingan Serie A sahaja.
Malah, Milinkovic-Savic seorang yang mengagumi Pogba dan mengakui dia banyak belajar daripada pemain Perancis itu selepas ketibaannya di Itali pada 2015.
Milinkovic-Savic menjadi sasaran utama United sejak enam tahun lalu apabila Jose Mourinho memegang tampuk pemerintahan di Old Trafford.
Di bawah kendalian Eric Ten Hag, dia sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan ke Red Devils pada permulaan musim ini namun perlu bersaingan dengan Paris Saint Germain. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram