Gagal doping, diugut abang kandung lebih RM65 juta punca Paul Pogba mahu bersara


  • Podium
  • Selasa, 12 Sep 2023

Pogba menyarung semula jersi Juventus selepas meninggalkan Manchester United pada musim 2022. — Agensi

BEKAS pemain Manchester United, Paul Pogba mungkin berdepan digantung daripada bola sepak selepas diuji positif untuk ujian doping yang mana didakwa mengunakan dadah bagi meningkatkan prestasi.

Laporan daripada beberapa penerbitan Itali mendakwa bahawa Pogba diuji positif untuk testosteron pada 20 Ogos selepas pertemuan Juventus dengan Udinese, perlawanan yang mana pemain Perancis itu gagal untuk turun padang.

Sekiranya keputusan positif disahkan, Pogba dilaporkan akan dibicarakan oleh Tribunal Anti-Doping Kebangsaan, yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan larangan sehingga dua tahun.

Selepas badan anti-doping Itali itu mengeluarkan kenyataan pada Isnin yang mengesahkan penggantungan Pogba, Juventus mengesahkan akan mempertimbangkan langkah seterusnya.

Jika didapati bersalah atas doping, penggantungan antara dua dan empat tahun boleh dilaksanakan terhadap Pogba.

Sebelum berita mengenai ujian doping berkenaan, Pogba difahamkan mempertimbangkan untuk bersara daripada bola sepak atas dakwaan peras ugut dan ancaman daripada gangster yang diketuai abangnya, Mathias.

Pemain berusia 30 tahun itu memfailkan aduan dengan pendakwa raya pada Julai 2022 dengan mendakwa dia menjadi sasaran plot pemerasan €13 juta (RM65 juta).

Mathias Pogba ditahan pada September 2022 tetapi dibebaskan pada Disember di bawah semakan kehakiman dengan lelaki berusia 33 tahun itu menafikan semua dakwaan terhadapnya.

“Wang mengubah orang. Ia boleh memecahkan hubungan keluarga. Ia boleh mencetuskan peperangan.

"Kadang-kadang saya hanya berfikir, saya tidak mahu mempunyai wang lagi. Saya hanya tidak mahu bermain lagi. Saya hanya mahu bersama orang biasa, jadi mereka akan mencintai saya untuk saya bukan kerana kemasyhuran, bukan kerana wang.

"Kadang-kadang ia sukar. Kehidupan ini, anda perlu melaluinya. Ia hanya akan menjadikan saya lebih kuat,” luahnya memetik dari temu bual bersama Al-Jazeera. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram