Hardi Jaafar kena tahan wad akibat masalah darah putih, komplikasi buah pinggang


  • Podium
  • Rabu, 03 Jul 2024

Hardi (tengah) merupakan salah seorang pemain tengah terbaik pernah dilahirkan beberapa tahun lalu.

BEKAS pemain kebangsaan, Hardi Jaafar dilaporkan dimasukkan ke wad baru-baru ini berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya seperti mana dikongsikan bekas rakan sepasukannya di Selangor, Malek Rahman.

Dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu, pemain kelahiran Ipoh, Perak itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur.

"Sama-sama kita mendoakan sahabat kita, Hardi Jaafar atau lebih dikenali sebagai Wak Tong. Semoga diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Assist 'jahat' Hardi Jaafar gamit rindu penyokong Selangor

BACA LAGI: Piala XOX disambut meriah, diharap mampu lahirkan permata bola sepak Perak

WhatsApp Image 2024-07-03 at 2.15.13 PM

Hantaran daripada Malek berhubung tahap kesihatan Hardi baru-baru ini.

"Dia ditahan wad di HUKM sejak semalam (Selasa) dan didiagnos kandungan sel darah putih berlebihan dalam badan dan ada sedikit komplikasi buah pinggang," tulisnya.

Sepanjang kariernya, Hardi yang merupakan pemain tengah pernah mewakili beberapa pasukan, seperti Perak FA, Selangor FA serta Telekom Melaka FC.

Pencapaiannya juga boleh dianggap membanggakan kerana dia berjaya menjulang dua gelaran Liga Super, satu Piala FA dan satu gelaran Piala FA dengan kesemuanya hadir ketika pemain itu beraksi untuk skuad Gergasi Merah.

Selain itu, Hardi pernah beraksi untuk skuad kebangsaan sebanyak 29 kali dengan empat jaringan direkodkan sepanjang tiga tahun mewakili negara.

Kini, dengan dia sudah berusia 45 tahun, pemain tengah berkenaan tidak lagi terlibat aktif dalam dunia bola sepak selepas kali terakhir beraksi secara profesional pada 2016 bersama MOF FC.

Bagaimanapun, dia pernah bermain bersama beberapa bekas rakan sepasukan untuk Selangor Legends dalam aksi persahabatan penghujung tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram