[VIDEO] Sabah, Selangor jangan kecewa dahulu, ini 3 'comeback' epik dalam Piala FA


  • Podium
  • Rabu, 03 Jul 2024

Sabah dan Selangor masih berpeluang untuk menebus kekecewaan aksi pertama suku akhir Piala FA 2024 dengan membuat kemunculan semula aksi timbal balik 6 Julai nanti. — Facebook/Sabahfc

SAINGAN Piala FA 2024 menyajikan kejutan apabila dua kelab gergasi Liga Super, Selangor FC dan Sabah FC terpaksa menelan pahit apabila tewas dalam saingan suku akhir pertama.

Selangor FC perlu bangkit semula selepas tewas 1-2 di tangan Kuching City FC dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada 6 Julai nanti.

Manakala, Sabah FC yang akan menerima kunjungan Terengganu FC pada 6 Julai diwajibkan menebus kekalahan 0-4 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

BACA LAGI: Jadi tumpuan Euro 2024, penyerang Hungary tandingan Syihan kini tinggalkan kelab Korea

BACA LAGI: 'Siapa cepat dia dapat', 3 kelab 'tumpul' boleh sambar Lucas Silva bulan depan

WhatsApp Image 2024-07-02 at 23.29.29

Jentera serangan Sabah FC gagal mematahkan benteng pertahanan Sang Penyu selepas tewas 0-4 di laman lawan. Facebook/Sabahfc

Kekalahan kedua-dua pasukan dalam aksi pertama suku akhir Piala FA itu sememangnya mengejutkan penyokong tanah air.

Malah, ramai peminat beranggapan bahawa kekalahan berkenaan berpunca daripada isu luar padang dan masalah dalaman yang menimpa kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, menjelang aksi timbal nanti, penyokong Gergasi Merah dan Sang Badak berharap agar pasukan kesayangan mereka dapat menebus kembali kekalahan tersebut.

Dalam pada itu, The Red Giants dan The Rhinos dijangka mempunyai peluang yang cerah untuk mencipta kemenangan bagi aksi timbal balik nanti.

Hal ini kerana, jika melihat kepada rekod sebelum ini, terdapat tiga pasukan yang pernah tewas aksi pertama namun kembali mencipta sejarah sekali gus layak ke pusingan seterusnya.

1) Terengganu vs Perak (2011)

Terengganu juga antara pasukan yang pernah mengejutkan penyokong tanah air selepas membuat kemunculan semula aksi timbal balik Piala FA bagi musim 2011.

Terengganu terpaksa menelan pahit selepas tewas 2-3 di tangan Perak FA namun berjaya mencipta kemenangan dalam aksi timbal balik.

Dalam aksi timbal balik, Sang Penyu yang meraih keputusan 3-1 menarik nafas lega apabila berjaya mara ke pusingan semi final dengan agregat 5-4.

Di pusingan separuh akhir pula, Terengganu berdepan cabaran Pahang FA sebelum akhirnya mara ke pusingan akhir Piala FA.

Menariknya, Terengganu yang pada mulanya tewas aksi suku akhir pertama itu bergelar juara Piala FA bagi musim 2011 selepas menumpaskan Kelantan FA.

2) Johor Darul Ta'zim vs Selangor (2013)

Johor Darul Ta'zim (JDT) antara pasukan yang berjaya membuat kemunculan semula selepas tewas aksi pertama suku akhir Piala FA bagi musim 2013.

Meskipun tewas 1-2 kepada Selangor dalam aksi pertama, JDT berjaya meraih kemenangan ketika aksi timbal balik dengan keputusan 2-1.

Susulan keputusan dua aksi tersebut, kedua-dua pasukan yang berkongsi jumlah jaringan yang sama memerlukan penentuan sepakan penalti.

Menerusi sepakan penalti, rezeki berpihak kepada JDT apabila berjaya menyumbat empat gol berbanding Selangor yang hanya mampu menyempurnakan dua sepakan.

Berikutan kemenangan itu, JDT meraih slot ke semi final Piala FA 2013 bertemu Sri Pahang FC dan mereka turut meraih kemenangan.

Bagaimanapun, JDT terpaksa menelan pahit apabila dikecewakan oleh Kelantan FA dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan Nor Farhan Muhammad dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

3) Pahang FA vs Terengganu (2019)

Pahang juga antara pasukan yang pernah membuat kemunculan semula dalam saingan Piala FA 2019.

Sri Pahang yang tewas 1-2 di tangan Terengganu FC aksi suku akhir Piala FA itu membuat kejutan apabila menyumbat empat gol dalam aksi kedua.

Dengan kemenangan itu, skuad Tok Gajah berjaya mara ke pusingan semi final dengan agregat 5-2.

Meskipun begitu, impian untuk mara ke final tidak kesampaian selepas Perak bangkit tewaskan Pahang dengan agregat 4-3. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram