Kembali tampil belang harimau, pakaian rasmi baharu kontinjen Olimpik Malaysia lebih garang


  • Podium
  • Selasa, 02 Jul 2024

MOM tampil dengan rekaan corak baharu (kanan) berbanding rekaan asal (kiri) bagi pakaian rasmi kontinjen negara pada Sukan Olimpik Paris 2024. — MOM

CORAK belang harimau dipilih menjadi rekaan baharu bagi pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Menampilkan imej 'lebih garang' pada rekaan terbaharu itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Norza Zakaria berkata, perubahan tersebut dilakukan susulan maklum balas terhadap reka bentuk dan motif pakaian rasmi kontinjen negara sebelum ini yang dikatakan tidak menyerlah.

Menurutnya, corak baharu yang dipilih berlatar belakangkan warna hitam dengan belang harimau berwarna kuning lebih jelas dan besar pada sebelah depan dan belakang jaket.

BACA LAGI: 'Bukan pakai acara sekolah, rekaan perlu lebih teliti dan bersedia', pereka fesyen ulas isu pakaian kontinjen Olimpik

BACA LAGI: 'Kalau dia tahu betapa susahnya masuk Olimpik', bekas atlet negara kecewa kenyataan Hamidin

Katanya, rekaan kali ini turut menonjolkan logo MOM dengan Jalur Gemilang dalam warna asli, berbanding logo MOM berwarna emas pada corak terdahulu.

"MOM merasakan reka corak baharu ini melambangkan semangat harimau yang sudah menjadi identiti kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Sukan SEA Manila pada 2005," katanya.

2771854

Pemilihan corak dan warna pakaian rasmi atlet Olimpik sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, rekaan pakaian rasmi kontinjen Olimpik negara dihujani kritikan warganet yang mempertikaikan corak ditampilkan.

Baju tersebut disifatkan tidak melambangkan identiti Malaysia jika dibandingkan edisi terdahulu susulan warna pada Jalur Gemilang itu dikatakan agak tenggelam dan kurang bersesuaian dengan identiti negara. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram