'Mereka tidak keseorangan', giliran Sanusi tampil beri sokongan buat Selangor FC


  • Podium
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Sanusi pernah menempa nama dalam dunia bola sepak sepanjang berkhidmat sebagai Presiden Kedah FA. — Facebook/KFA

NASIB dialami Selangor FC kebelakangan ini menerima respons positif daripada penyokong bola sepak tanah air selepas kelab itu berdepan hukuman daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Berdasarkan kenyataan MFL, skuad Gergasi Merah dikenakan beberapa siri denda berikutan keputusan menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Mei lalu.

Meskipun hukuman dikenakan sudah diringankan, pelbagai pihak masih berasa tindakan MFL itu tidak wajar kerana Selangor FC hanya berbuat demikian selepas pemainnya, Faisal Halim mengalami serangan asid.

BACA LAGI: [VIDEO] Lupakan sengketa, pertemuan mesra TMJ-Sanusi harmonikan arena bola sepak tanah air

BACA LAGI: Sanusi tahu selok-belok bola, tutup ruang pihak ambil kesempatan terhadap KFA

Perkara berkenaan bukan hanya menjadi bualan peminat kerana beberapa ahli politik, termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut tampil memberikan sokongan buat skuad Gergasi Merah.

Di samping mempertikaikan tindakan MFL, bekas pengurus Selangor FC itu turut memanggil orang ramai untuk memberikan sumbangan dalam usaha membayar denda dikenakan terhadap kelab tersebut.

Sokongan tersebut tidak terhenti di situ apabila pada Jumaat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut bersolidariti bersama skuad Gergasi Merah.

"Mereka tidak bersendirian, percayalah dengan saya. Orang ramai dalam negara ini secara senyap memberi sokongan buat Selangor FC. Menjunjung kasih Tuanku!" katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sokongan itu diberikan selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kekecewaan baginda terhadap pengurusan MFL dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu berkaitan skuad Gergasi Merah.

Sanusi bukanlah seorang yang asing dalam dunia bola sepak negara kerana dia pernah terlibat dalam pengurusan skuad Sang Kenari selaku Presiden Kedah FA.

Malah, permusuhan yang pernah tercetus antaranya dengan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Idris pada 2021 dan 2022 masih diperkatakan sehingga hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu tidak terlibat dengan kelab Utara tanah air berkenaan selepas mereka berada di bawah kendalian Tan Sri Mohd Daud Bakar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram