PERTEMBUNGAN antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC sering menyajikan aksi cukup hangat buat peminat bola sepak tempatan.
Meskipun skuad Harimau Selatan boleh dikatakan lebih berkualiti, saingan diberikan pasukan Utara tanah air itu setiap kali bertemu membuatkannya satu perlawanan wajib ditonton.
Ia turut dihangatkan apabila individu berpengaruh daripada kedua-dua pasukan pernah bertikam lidah dengan pelbagai hantaran sinis dibuat di media sosial.
Mereka yang dimaksudkan ialah pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris serta Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor.
Permusuhan antara kedua-dua difahamkan tercetus ketika Menteri Besar Kedah itu memegang jawatan berkenaan pada 2021 dengan jurang mereka tidak begitu besar pada waktu berkenaan.
BACA LAGI: MB Sanusi mungkin akan tolong Kedah, tapi mereka perlu sedar diri — Wan Jamak
Hubungan mesra ditunjukkan ketika MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi bertemu TMJ di Istana Negara pada Rabu.
Kedua-dua mereka boleh dikatakan antara seteru terhangat dalam dunia bola sepak negara.
Kredit: Helmi Khalid 7 (TikTok) pic.twitter.com/AtJXAL5lPg
— Majoriti (@majoritionline) February 21, 2024
BACA LAGI: Gaya 'siuu' naik level Sanusi, aksi YB Badd kena saiko ceriakan fans Kedah
Meskipun tidak pernah bertemu secara bersemuka, idea kreatif masing-masing dalam melakukan usikan di media sosial membuktikan terdapatnya isu tersendiri antara mereka.
Pertelingkahan berkenaan bagaimanapun mula sepi tahun lalu selepas KDA FC tidak lagi dimiliki penuh oleh KFA setelah kehadiran usahawan tanah air, Tan Sri Mohd Daud Bakar mengubah struktur pengurusan kelab.
Namun, baru-baru ini, peminat bola sepak mula berasakan TMJ dan Sanusi sudah melupakan hal lalu kerana masing-masing menunjukkan sikap profesional ketika bertemu di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam satu video pendek dimuat naik, Sanusi pada awalnya meminta izin daripada pemilik JDT untuk bergambar bersama-sama sebelum mereka sempat berbual antara satu sama lain.
Rakaman itu pastinya membuatkan orang ramai lebih tertarik untuk cuba mendalami arena bola sepak tanah air kerana masing-masing dapat menepikan kepentingan tersendiri di majlis terbuka.
Malah, ada juga yang berasakan mereka sudah tidak lagi bermusuhan kerana kedua-dua individu berpengaruh tersebut sempat bergurau senda.
Sanusi hadir dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 itu bagi mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam pertemuan yang turut mengumpulkan Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri-Negeri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram