MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan stadium bola sepak baharu yang bakal dibina oleh Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hampir setaraf dengan stadium milik Johor Darul Takzim (JDT).
Menurut Muhammad Sanusi, reka bentuk stadium baharu itu sudah ada dan beliau sendiri sudah melihatnya.
"Stadium baharu itu kelak akan dilengkapi pusat latihan juga untuk para pemain KDA FC serta ruangan untuk orang awam beriadah.
"Pengambilan tanah sudah diambil dan kini tunggu pihak pengurusan KDA FC selesai berbincang dengan rakan kongsinya.
"Pembinaan stadium dijangka akan bermula dalam waktu terdekat," katanya.
Tambahnya, dana pembinaan stadium itu dibiayai oleh KDA FC dan rakan kongsinya.
"Apabila KDA FC cadang untuk membina stadium, saya kata boleh dilaksanakan dengan kerjasama bersama antara KDA FC dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK).
"Keputusan kerjasama bersama itu akan saya bawa untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
"Bukan pakai duit kerajaan negeri. Kalau nak tunggu dana kerajaan, bilalah nak dapat," menurutnya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram