'Kuasa di tangan pengundi', 'reject' terus calon wakil rakyat tanpa kelayakan asas akademik


  • Politik
  • Isnin, 24 Jun 2024

Abidin Ismail dinamakan sebagai calon PN bagi PRK Sungai Bakap.

SETIAP calon wakil rakyat disarankan memiliki sekurang-kurangnya kelulusan ijazah sarjana muda sebelum dilantik sebagai pemimpin di sesebuah kawasan.

Demikian tegas penganalisis politik, Prof Dr Rusdi Omar susulan kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang menganggap ramai orang 'gagal' dalam politik walaupun memiliki latar pendidikan tinggi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut berhubung latar belakang Abidin Ismail selaku calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

BACA LAGI: 'Menteri tolong henti malukan diri sendiri', pemimpin kena ada kelayakan akademik, perlu bijak daripada pengundi

BACA LAGI: See you in court', Sanusi mahu saman warganet buat tuduhan melulu isu Kedah Agro

msg-468649021-51894 (1)

Muhammad Sanusi ketika menghadiri penamaan calon PRK Sungai Bakap.

Kurang bersetuju dengan kenyataan itu, Rusdi Omar menggesa agar rakyat lebih bijak dalam membuat penilaian dan memilih individu dengan pencapaian akademik melebihi segala-galanya.

"Pemimpin perlu ada kelulusan sekurang-kurangnya peringkat degree (ijazah sarjana muda), kalau tidak apa beza mereka dengan pengundi.

"Ciri kepimpinan dan keupayaan seseorang pemimpin akan terbentuk bermula dari peringkat universiti bukan hanya sekadar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penyelesaian dan tahap pemikiran aras tinggi datangnya daripada program kepimpinan pengajian tinggi, bukan boleh diwarisi pimpinan politik semata-mata.

"Jadi tidak masuk akal jika rakyat nak pilih calon tanpa latar belakang akademik sedangkan yang keluar mengundi ini kebanyakannya lepasan universiti," katanya kepada Majoriti.

1936333

Prof Dr Rusdi Omar berkata, calon wakil rakyat perlu sekurang-kurangnya memiliki pencapaian ijazah.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati masyarakat agar terus menolak individu yang tiada kelayakan akademik.

Jelasnya, prinsip kepimpinan berdasarkan pengalaman semata-mata tidak menjamin kejayaan dalam politik, sebaliknya taraf pendidikan akan lebih membuatkan seseorang itu disegani bukan sahaja dalam negara, malah di peringkat global.

"Mana calon ataupun wakil rakyat yang tiada asas akademik sepatutnya 'reject' terus, walaupun benar ada yang berkebolehan dari segi pimpinan parti namun, peredaran generasi dan kemajuan teknologi kini perlulah seiring dengan pemilihan wakil yang berkelayakan akademik.

"Golongan belia merupakan penyambung generasi tanah air jadi sudah tidak relevan jika calon yang dinamakan masih berpandukan pengalaman semata-mata," tambahnya.

Untuk rekod, Abidin Ismail adalah bekas pegawai khas wakil rakyat sebelum ini iaitu Allahyarham Nor Zamri Latiff.

Selain merupakan seorang eksekutif logistik, beliau dikatakan turut memiliki sijil ISO 14001 bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram