'Hantar mereka ke Palestin', insiden gaduh penyokong Selangor-Perak cukup mengecewakan


  • Podium
  • Isnin, 24 Jun 2024

Insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah stesen minyak melibatkan penyokong Selangor dan Perak.

UMUM mengetahui bola sepak Malaysia mempunyai permusuhan luar padang dalam kalangan peminat fanatik kelab. Sebagai contoh, Selangor FC dan Perak FC mempunyai episod panjang dalam siri permusuhan mereka lantas dianggap 'El Clasico Malaya'.

Setiap kali bertemu pasti timbul detik panas dalam kalangan penyokong kedua-dua kelab. Malah, pertemuan Liga Super pada Ahad yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor turut menyaksikan perkara serupa.

Selepas perlawanan tamat yang dimenangi Selangor 2-1, berlaku insiden panas di salah sebuah stesen minyak di tepi lebuhraya melibatkan penyokong kedua-dua kelab.

BACA LAGI: [VIDEO] Kononnya sebab baling batu, casual Selangor kena 'culik' ultras Perak di stesen minyak NKVE

BACA LAGI: Fans TBG mengamuk berhak tuntut kemenangan, Bobie Farid masih puas hati sebab kalah tipis

Melihat kepada insiden panas itu, timbul kekecewaan dalam kalangan penyokong lain yang berasakan ia berlebihan dan tidak perlu berlaku.

Ada yang berpendapat lebih baik mereka yang terlibat dalam pergaduhan tersebut untuk dihantar ke Palestin untuk berdepan dengan penceroboh Zionis.

"Pasal bola pun nak gaduh, hantar (ke) Palestin je budak-budak ni. Gaduh dengan Zionis baru betul," kata penyokong bernama Fairuz Hashim.

"Bergaduh pasal bola sepak, apa faedahnya?," soal Junaidi Razali pula.

"Diharapkan pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pelaku yang membuat provokasi terhadap keamanan dalam penyokong bola sepak negara, inilah yang menyebabkan kerosakan serta keharmonian di antara satu penyokong dengan penyokong yang lain selama ini.

"Diharapkan pengkuatkuasa mengambil tindakan dan dihukum seberat-berat kepada manusia durjana ini sebagai tauladan dan peringatan manusia durjana yang lain. Kalau boleh setiap tindakan dan hukuman itu diwar-warkan di media masa agar masyarakat tahu dan tidak akan menyalahkan kepada satu-satu kelab dan juga kepada pihak pengkuat kuasa," ujar Johar Md Sanusi.

Situasi tersebut membuatkan penyokong berharap ia akan berakhir kerana ia jelas tidak membawa manfaat kepada semua pihak.

"Sampai bilakah mentaliti macam ni nak habis? Tak sudah-sudah dengan provokasi melampau. Sudah-sudahlah, bola tetap bola, kalah menang kau tetap kena bangun pagi pergi kerja cari rezeki," ujar penyokong bernama Ezain Ezam.

"Adoi bola je pun. beli tiket masuk stadium lepas tu tengok, terima je apa jua keputusan. Jepun dengan Korea Selatan tak ada pun macam ni. Mereka tu wakil tetap ke Piala Dunia. Fokus pada kualiti saja," komen Zamri Bongsu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram