MFL berisiko tinggi kena ‘banned’ jika Selangor FC heret kes ke CAS — Peguam


  • Podium
  • Rabu, 26 Jun 2024

Selangor FC berdepan denda RM100,000 daripada MFL.

'KEBARANGKALIAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kena banned adalah besar jika Selangor bawa kes ke FIFA'.

Demikian kenyataan dibuat seorang peguam, Muhammad Akmal Arif Shamsul Kahar berhubung kemelut kontroversi yang melanda kelab Selangor FC dan MFL ketika ini.

Jelasnya, isu berkenaan hanya boleh diselesaikan dengan cara kes itu dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas pelbagai saluran lain tidak menampakkan sebarang penyelesaian.

BACA LAGI: Faisal Halim jalani pemulihan di lokasi rahsia atas faktor keselamatan

BACA LAGI: Reziq Bani Hani, Saddil Ramdani antara 4 bintang tumpuan bakal tunjuk belang di Indonesia

"Satu je cara yang boleh dilakukan, bawa kes ini ke CAS dan kebarangkalian MFL diharamkan adalah sangat besar atas faktor polisi daripada FIFA yang sangat ketat.

"Pelbagai faktor yang boleh menjerumus ke arah hukuman itu antaranya adalah isu 'bookie' perlawanan dan pengurusan secara dalaman.

"Namun, isu ini masih dalam pantauan dan kita tidak boleh nak terus buat kesimpulan MFL bersalah atau sebagainya cuma, saya sarankan Selangor usulkan kes ini ke CAS untuk penyelesaian terbaik," katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Muhammad Akmal menyifatkan kontroversi berlaku antara dua pihak itu berpunca akibat tiada komunikasi dan perbincangan secara dalaman dibuat.

"Kedua-dua pihak tak mahu cari jalan penyelesaian sebenarnya, kalau perbincangan secara baik dilakukan mesti boleh selesai dan tidak perlu dikenakan hukuman denda dan sebagainya.

"Apa yang berlaku ketika ini boleh menyebabkan seluruh liga Malaysia diharamkan dan kemungkinan besar semua negeri turut terbabit sama jika CAS yang mengendalikan kes ini," tambahnya.

Terbaharu, Penaung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa pasukan itu tidak teragak-agak untuk menarik keluar daripada Liga Super untuk tempoh masa tertentu.

Ini kerana titah Sultan Sharafuddin, hukuman yang dijatuhkan Malaysian Football League (MFL) iaitu denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton adalah tidak masuk akal.

Malah titah baginda, ia amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram